Showing posts with label kisah kami. Show all posts
Showing posts with label kisah kami. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Yang Cukup Bermakna


Ramadhan kareem!!! (jwbnye adalah Allahu Akram)

Alhamdulillah...bertemu lagi kita dengan bulan ramadhan. Bersyukurlah dan brgembiralah kerana kita telah dipilih oleh Allah untuk bertemu kembali dengan bulan yang mulia ini.

So, apelagi??...marilah kita berazam untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas.

Bnykkan beramal soleh, bersedekah,mentadabbur dan membaca al-Quran...insyaAllah...sedikit sebanyak amalan kita di bulan puasa ini dapat menjadikn kita insan yang lebih bertakwa.

Selamat menempuh bulan Ramadhan ini dengan jayanya dan graduate dgn sgulung ijazah takwa ^^,


Ummu berazam laksanakan 7 perkara untuk Ramadhan kali ini.
Perkongsian dari seorang mantan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz ketika tazkirah yang diadakan di IKIM baru-baru ini.

moga-moga diterima segala amal ibadah kita ^_^

1. Membaca Al-Quran, tengok dan fahami maknanya 

2. Banyakkan amalan-amalan sunat

3. Infaq


4. Menjaga siratulrahim
~ cara paling senang bertukar-tukar hidangan dengan jiran tetangga.

5. Taubat dan istigfar
~ banyak dosa yang telah kita lakukan seharian.

6. Doa bukan untuk diri sendiri sahaja bahkan buat umat Islam yang kian tertindas


7. Niat mahu mengerjakan umrah Ramadhan..
~amin moga dapat dilaksanakan tahun hadapan





Ramadhan bulan mendidik hati dan jiwa kita..
Jika bulan Ramadhan kita belajar menjaga semua anggota dari melakukan maksiat..pastinya juga kita boleh lakukan nya di masa-masa yang lain.:)

Ramadhan itu mendidik..
Jangan jadikan Ramadhan itu sia-sia.


 Kita kejar pahala yang berganda di bulan yang mulia ini.Mai sama-sama kita upgrade agar Ramadhan kali ini lebih berkualiti..Amin..

Thursday, June 14, 2012

Terima Kasih dan Tahniah KEpada Anda

Alhamdulillah dan TAHNIA

kepada yang telah mendapatkan PREMIUM BEAUTIFUL dengan ummu. 



Ummu akan bagi gift siapa yang telah membeli dengan ummu. 
 Ada yang mahu shape dan curve badan kerana sekian lama ke Slimming Centre masih belum kurus, ada yang mahu kerana menghidapi buasir dan sakit pinggang dan sebagainya

Sayang anda semua. Terima kasih atas kepercayaan anda kepada Ummu.Ummu akan jaga anda sebaik mungkin. 

Hanya sebulan Ummu berjaya menjual 10 set..Fuhh rasa macam tak percaya ummu dapat realisasikannya.

Tetapi ummu bukan hanya menjual sahaja.
Sebab Ummu ada IMPIAN BESAR untuk dicapai

Dengan hanya 10 Set sahaja seumur hidup anda akan dapat hasil yang sangat menakjubkan. 
Ianya terjadi dalam hidup ummu.

10 set seumur hidup??

 Iya, kenapa tak percaya?


sangat senang bila hanya ONLINE sahaja

by FB dan BLOG 

semestinya perintis 
TOP AGENT PREMIUM BEAUTIFUL


Call Me How to make ur life Totally Change

012-5900573

sapa nak whatsap pun boleh..hihi


Thursday, April 12, 2012

WW - Jalan-Jalan Cari Makan 1

Hari ini kami berdua jalan-jalan ke Alamanda Putrajaya
 
Alhamdulillah keluar pun setelah mak benar-benar dah sihat
fuh sangat mencabar fizikal dan emosi menjaga orang sakit ni
Allah sayangkan kami semua
diuji sementara  di muka dunia
wah dah jadi lagu lak..hihi

Jalan berpimpinan tangan dengan en.wan
dia cakap dia segan
apa ummu kisah dah kawen ye dak
tak kawen ya takut..
tue yang bestnya kahwin nie
apa nak buat pun tak kisah dah
sapa yang tak kawen lagi cepat2 la kawen
banyak hikmahnya berkahwin ni
 
setelah penat berjalan pusing deretan kedai
kami singgah ke Mc D
sebenarnya kami menunggu anak angkat ummu
walhal baru sabtu lepas ja jumpa
hihi :P
Inilah anak angkatku
budak baik dan sangat bijak



Ahmad Naufal super kiut miut



Naufal dengan mamanya 

Anak sendiri?hihi
on the way


Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesehatan dan keamanan
 

Thursday, March 22, 2012

Sebab Ummu Mencari Side Income?

      Keluarga adalah kekuatan utama Ummu untuk buat bisnes ini.Sebab kerana satu perkara yang masih Ummu ingat sampai bila2..Ummu bukan pendendam tapi ianya pembakar semangat untuk mengubah hidup ini. Ummu kongsi sikit gambar kami adik beradik, 4 orang perempuan dan seorang adik lelaki.

Sarah with My Mom
 


 masa kenduri Yati
 





nilah penjaga kami dari kecil sampai kami menjadi insan yang berguna 
dan menumpang kasih sayang. Terima kasih tok dan tokwan

      Masa urusan Imran untuk sambung belajar ke Ireland
yang memerlukan dia untuk booking rumah sewa di sana. Jadi dia perlukan wang sebagai deposit. Dia tak tanya Ummu dulu sebelum tanya saudara sendiri.Bila minta tolong dari saudara sendiri dia tanya balik. 'kenapa kak ummu tak ada duit ka?'
memang dia bagi pinjam duit dulu.bila adik ummu cerita balik keciknya hati rasa..orang boleh tolong kita tapi sampai bila orang akan tolong..jadi ummu pesan kat dia.apa-apa lepas nie tanya kakmu dulu.Ummu simpan kata-kata tu sebagai pembakar semangat untuk berjaya.

         Selama ummu kerja beberapa tahun nie memang diakui semuanya untuk keluarga. Sebagai kakak yang sulung banyak yang perlu Ummu korbankan. Khas buat mak ummu yang sakit Psychiatric. Alhamdulillah sejak ummu duduk dengan dia di Dengkil makin baik kesihatannya..nanti ummu cerita lain mengenai mak Ummu.

        Mungkin ummu dari kecik dah belajar hidup sendiri, survive sendiri sebab mak dan ayah dah bercerai..jadi tinggal dengan tok dari kecik.4 orang perempuan tinggal dengan tok kat Perlis dan Imran ja dok dengan mak di Dengkil..sebab tu mungkin Imran lebih berdikari berbanding dengan kami.Dari kecik dia tinggal di asrama.Dia sangat bagus dalam pelajaran dan murid yang cemerlang.

       Perkara yang paling ummu pegang, orang lain tak rasa apa yang kita rasa. Orang lain boleh simpati dengan kita tapi takkan dapat nak tolong sampai bila2..Jadi ummu bulatkan tekad alang-alang dah buat bisnes ni buat sungguh-sungguh
buat sampai jadi..

        Tipsnya sangat mudah hanya follow sahaja leader..
buat dengan TEAM bukan sorang2.. 
YOU NEVER WALK ALONE. If you want walk fast, you walk alone, but if you want to walk far, you walk with TEAM



Anda mungkin PERNAH berada dalam keadaan di satu masa kita amat memerlukan wang tapi tidak ada siapa dapat tolong kita. Memang sudah semestinya kita bergantung dengan Allah
tapi usaha apa yang kita buat? Mari kita keluar dari kepompong selesa dengan apa yang ada.Buktikan kita adalah yang terbaik. Semua orang mempunyai potensi diri. Namun kita yang lebih mengenali diri kita. Kita kena gali dan koreksi diri sentiasa. Peluang di hadapan anda, kenapa nak lepaskan peluang yang terbaik ini? 


i challenge myself to prove it
How About U?
kalau berani sahut cabaran 
Hubungi :
 
 UMMU
012-5900573

Make IT Together

Wednesday, March 21, 2012

Happy Birthday My Brother

Alhamdulillah result SPM sudah pun keluar..
kepada ibu bapa tahniah diucapkan
kerana hasil didikan anda
 lahirnya mereka yang berjaya hari ini
berbanggalah dengan mereka

macam ummu
mempunyai adik yang sangat bijak dalam pelajaran
baik orangnya
cukup membuatkan kami semua berasa bangga..
moga menjadi doktor yang berilmu dan beriman
dapat memberi perkhidmatan yang terbaik
cita-cita yang bakal menjadi realiti
kita lahir dalam keluarga yang susah
kurang kasih sayang tidak bermakna
Imran tidak boleh berjaya
jadi Imran dah buktikan 
kesusahan, kurang kasih sayang itu
bukanlah batu penghalang buat kita semua
sebab tue kalau ummu terjumpa dengan
insan yang senasib dengan kami
ummu akan ceritakan mengenai Imran dan cita-citanya menjadi Doktor..Amin..
Moga dipermudahkan urusan pembelajaran imran
di Universiti College of Dublin, Ireland
Dr. Ali Imran Nasri
Buat adikku yang sangat dirindui
jauh di mata namun dekat di hati sentiasa

Ali Imran bin Nasri

We proud Of You
Happy Birthday



Keluarga adalah kekuatan Ummu untuk buat bisnes ini
kerana satu perkara yang masih Ummu 
ingat sampai bila2..
Ummu akan kongsi kenapa ummu buat bisnes ini

Thursday, February 16, 2012

Kehilangan Yang Cukup Dirasai

Pagi ini kami dikejutkan dengan berita kemalangan DJ Razak Arbain, beliau mengalami kecederaan yang teruk dan menghembus nyawanya buat kali terakhir..

Arwah yang kami kenali seorang yang sangat-sangat baik.suka senyum, tutur bicara yang lembut, suka tolong-menolong
memang sangat terasa kehilangannya.
suasana di pejabat hari ini sangat sunyi dan sepi
kawan-kawan lelaki ramai yang pergi ziarah hingga dikebumikan


Menurut cerita yang saya dapat tahu, arwah baru sahaja menghantar anaknya ke sekolah.
Dalam perjalanan balik motosikal arwah bertembung dengan motosikal yang dinaiki oleh jirannya ..
Kedua-duanya mengalami kecederaan yang teruk namun arwah dijemput Allah terlebih dahulu.
Moga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman.

Arwah meninggalkan seorang balu dan 3 orang anaknya. Menurut sahabat yang menziarah isterinya sedang mengandung 4 bulan.. Allahu Akbar.. 

Allah cukup menyayanginya..
Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.



Kita pun tidak tahu bila masa kita..

Teringat sabtu lepas (11/2/2012) kejadian yang menimpa diri Ummu sendiri.
Ummu pulang menghantar barang keperluan untuk mak di Dengkil
 Selepas solat Asar Ummu bergerak balik semula ke Batu Caves
dengan mengikut Lebuhraya Maju Expressway (MEX)
suami tidak ikut balik kerana kerja

Selepas sahaja melepasi R n R Seri Kembangan ummu dapat merasakan
dashboard kereta dan stereng bergegar..
tapi sekejap sahaja jadi ummu teruskan perjalanan walaupun terdetik di dalam hati mahu berhenti.
Namun tiba-tiba stereng kereta memusing hingga menyebabkan hilang kawalan..
Ummu cuba control stereng kereta namun kereta tetap berpusing banyak kali
Hanya yang mampu buat ketika itu dengan takbir dan mengucap syahadah sahaja
Hanya Allah yang tahu  perasaan ketika itu..

Doa ummu kalau nak berhenti biarlah di kiri jalan sahaja
bukannya di penghadang jalan yang akan menyebabkan kejadian lebih teruk
Alhamdulillah kereta berpusing-pusing dan berhenti disebabkan melanggar longkang menghadap bukit
Terus Ummu keluar kereta kerana takut apa-apa berlaku.
mujur hentaman tidak terlalu kuat..
mengigil dan menangis sekejap sahaja

Bila diingatkan balik kuat jugak ummu masa itu
dan yang paling penting ummu pakai sit belt..
kalau tidak ummu mungkin sudah terlambung keluar
Allah cukup menyayangi diriku..

Semuanya dipermudahkan segala urusan dari membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi sehingga mengikut toing kereta ke Perodua Bandar Tun Razak..
myvi comelku akan dibaiki dan pihak insurans akan uruskan semuanya
rosak teruk jugak bahagian hadapan dan bahagian tepi kereta
tayar pecah di bahagian kanan belakang manakala tiga lagi kempis..
dengan minyak yang baru diisi mengalami kebocoran tangki
huhu mungkin ambil masa jugak..
Hairan jugak kerana kereta baru sahaja diservis.
Penunda kereta pun maklumkan jalan tu selalu sangat berlaku kemalangan
Allah jua Maha Mengetahui
 

ummu tidak ambil gambar pun walaupun kamera di dalam beg tangan ummu
sebab ummu tidak mahu sedih kalau ummu tengok gambar itu
Suami ummu cukup terkejut masa tengok kereta tue..
Mungkin macam-macam yang difikirkannya
ummu tengok matanya berkaca
namun yang diucap ialah "Syabas, sudah menjadi DRIFT DENGKIL.."
tengok dalam keadaan macam tue dia sempat buat lawak..hihi
tangan dia tak lepas memegang tangan ummu..
sangat tersentuh masa tue
ada sesuatu yang disebutnya namun biarlah rahsia kami berdua..
 

biarlah ia dalam kenangan,
mungkin ada hikmahNya.
 
mana kita nak tahu kan..
 
tetapi ummu sangat bersyukur masih diberi kesempatan bernyawa..
syukur padaMu Allah
 



 

Monday, November 7, 2011

Penangan Mai Secawan..

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H
kepada umat Islam seantero dunia

hari ini dah masuk kerja semula
malas nak mohon cuti rehat.
konon simpan cuti untuk pergi makan angin
tak sabar nak naik belon besar bulan depan

naik belon pergi honeymadu..salah berbulanmadu la

ramai yang masih bercuti huhu
sunyi lak rasanya
tapi tidak mengapa kerana
daku diserang virus mengantuk tahap melampau ^-* haha
nak buat kerja pun tersengguk-senguk
semalam sehari mengemas umah
buang segala yang tidak diperlukan 
rumah kecik barang tidak payah banyak barang
senang sedikit hendak mengemasnya
susun atur balik rumahku yang kecil itu
malam dah letih sangat
tapi tak boleh tidur
akibat daripada
penangan suami bancuh 3 paket Radix sebelum tidur
 
Apapun terima kasih sayangku dan mak
tolong kakmu siapkan kerja

Friday, October 14, 2011

Nota buat suamiku..


Suamiku, Aku Mencintaimu

Suamiku...

Masih ingatkah kau setahun yang lalu, saat pertama kali kita terikat halal oleh kecintaan kerana Allah subhanahu wata'ala?.

Kita melihat satu dengan yang lain begitu sempurna, menyenangkan dan membahagiakan.

Rasanya begitu abadi kebahagiaan yang kita cita- citakan. Hari- hari selanjutnya adalah perjalanan pergantian suka dan duka, dan kebahagiaan atau konflik sentiasa melingkupi hubungan hati.

Suamiku...

Saat suatu hari kau menemukan sikapku yang mengjengkelkanmu...

Mohon sedikit luaskan hatimu. Jangan kau kesal menganggap kalimat dan tangisan manja dari wanitamu ini. Bukan bermaksud menyulitkan, namun sekadar mencari cara lain mendapatkan perhatian, kerana kosongnya satu sisi hati yang ingin untuk lebih dimanjakan oleh seorang lelaki yang begitu dikaguminya.

Mengapa Allah menjadikan kau suami, dan bukan sebaliknya? Kau telah ditakdirkan Allah menjadi suamiku, yang bererti menjadi pemimpin diri wanitamu ini
. Yakinlah itu suamiku, dan jangan balas semua dengan keseriusan seorang lelaki, namun fahamilah kerapuhan dan kebodohanku sebagai wanita.

Hanyalah kelembutan, kasih sayang, serta nasihat penuh kesabaran namun tegas, yang dapat dengan mudah meluruskan tindakan aneh isterimu walau semua awalnya aku berniat baik. Jangan buat aku semakin bebal dan tidak mengerti dengan berbalik memberikan sejuta amarah apalagi pukulan, kerana semua itu adalah kerana ketidaktahuan. Janganlah pula mempersempit hatimu dengan tangisan kerana itu akan menyedihkan untukku wahai suamiku. Fahamilah kerana semua itu adalah kenakalan dan kemanjaanku, maka mohon maafkanlah aku.

Suamiku...

Saat suatu hari kau menemukan kata- kataku menyakitkan dan mengusik telingamu...

Pernahkah kau melihat seorang wanita yang bisa mengeluarkan perasaannya dengan mudah, sedang sang suami tetap melihat dengan senyum, perhatian dan pandangan yang positif. Hal itu sebenarnnya sudah sangat menjelaskan kepada sang isteri sendiri bahawa dia adalah sangat cerewet dan tindakannya tidaklah baik. Namun, hal itu juga membahagiakan para isteri kerana secara sedar dia bersyukur bahawa ada seorang manusia yang ternyata begitu sangat mencintai dan memahaminya...

Suamiku....

Ampuni isterimu atas kekurangan yang dikurniakan Allah kepadaku. Mohon jangan tutup pintu hatimu dengan tidak redha mu atasku. Jangan buat para bidadari di syurga menggantikan posisiku dan memilikimu kelak. Sungguh hal itu akan menyedihkan bagiku.

Suamiku...

Kau gagah, ketika kau biasa meletakkan kelembutan dan senyum saat mendidik isterimu. Kau tegas, saat mengatakan kalimat dengan tegas namun santun untuk memperbetulkan wanitamu. Kau berwibawa, saat nada bicaramu menggambarkan ketulusan dan kemurnian niatmu dalam menasihati. Sama sekali bukan bentakan dan atau nada tinggi. Kau kuat, saat menerima dengan ikhlas tentang kelemahan isterimu. Kau baik, saat dengan kelapangan hatimu memaklumi keburukan pasanganmu.

Keluasan hatimu memaafkan, bagiku adalah pelajaran dari seorang guru untuk memaafkan. Keluasan hatimu untuk memaklumi dan bersabar, adalah pengajaran bagiku untuk memaklumi dan bersabar. kesabaranmu untuk memahami adalah pelajaran berharga bagiku untuk memahami.

Suamiku, kaulah idolaku...

Suamiku, kau lah idolaku, yang halal bagiku. Dan aku ingin selalu mengagumimu. Hanya kau. Maka mohon dengan doadan harapan, didiklah dirimu agar indah untukku dan dihadapanku, dan didiklah aku agar aku mengerti tentang keindahan itu. Supaya aku belajar tentangnya dan tentang kebaikan.Supaya aku dapat dengan tulus berterimakasih kepada Allah atas kurniaan manusia sepertimu, supaya aku dapat meneduhkan diri dan mencukupkan jiwa denganmu, supaya aku dapat dengan batin yang tulus berkata, "Suamiku, Aku mencintaimu.."


 Yang Ikhlas Menyayangi dirimu
     ..Isterimu..

Selamat Ulangtahun Pertama - 25.09.2011

Tuesday, July 26, 2011

Bila dia sedih 
aku pun turut sama sedih

Hanya kita yang memahaminya..

Friday, July 15, 2011

Baby, please come to me..


hihi xda apa-apa sebenarnya
saja buat gimik..haha
tapi rasa bahagia apabila
 dikelilingi oleh bayi-bayi sihat nie..
Masa kat Pangkor sempena Family Day IKIM 2011
kalau boleh semua baby nak pegang
nak cubit pipi..cikmu geram..haha
sebab suka tengok wajah kecil yang mulus dan bersih

 anak kak rozi nak mandi kolam weh

 hah tengok kemain lagi taufik cipotet nie bila bergambo..

 apabila budak-budak meeting

 'saya dah susut sket cikmu', cikmu suka awak 

 anak no. 4 kak azhani

 xtau anak sapa..hihi

 Ust. Mahathir sekeluarga, bini dia pun ngandung

 kakak, besfren anak abg bidi xboleh berenggang..
asal turun makan je nak makan berdua..sgt sweet

 usop junior..main aci ligan dgn pak dia kat dewan makan..hihi

 pipi labuh anak kak aju

 peace ikut cikmu ya

 zainab junior hihi

 kak dora junior


 Aish, Kak Dila junior..sangat bam bam






 irfan, Ridhuan junior
syiok tengo gelagat dia


 Saya Aimi, Abang saya Wiwi
Saya budak Pink sebab mak saya suka sangat kaler pink

 Hairie Junior

 Mujahid En,Bakar




Geram ja kami dengan dak nie..
Masa ni dok men cuk cak dengan dia..
                      Dafi Junior, sapa dapat lawan..hihi




                                                                              Saya suka Taufiq
Mohamad Adam Qayyum

dapat anak-anak sedara yang sihat dan comel
rasa tidak sabar sebenarnya
InsyaAllah sentiasa ada rezeki kami berdua
sabar ye sayangku..
Dia bagi lambat sebab nak bagi yang terbaik untuk kita..

Ya Allah,
Kau permudahkanlah rezeki kami
untuk menimang cahayamata
agar mendapat anak-anak yang soleh dan solehah
Amin

Buat sahabiah ku tersayang Azrina Yahya
yang akan bersalin hari ini secara operation
moga selamat ibu dan anaknya
 Amin
Buat Pn. Hasnani yang tengah sarat..hihi
Rindu kalian

Buat Kamila, 
takziah dari kakmu..
Redha dan bersabar dengan takdirNYA
ada hikmah disebalik apa yang berlaku
Anak mu menunggu di syurga..

Al-Khaliq - Maha Pencipta

 12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

Al-Bari' - Maha Perancang
 13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
 14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.Amin

Sumber :  
http://www.pekanrabu.com/zubir/asmaulhusna.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...