Wednesday, November 30, 2011

Bengkel "Asas Kulinari Bagi Peniaga Muslim" bersama Chef Sabri pada 14-15/12/2011





 " Bengkel D'dapur " Asas Kulinari bagi Peniaga Muslim "

Penceramah : Chef Ahmad Sabri

Pada : 14/12/2011 - 15/12/2011
 
Pukul :
8.00 pagi - 5.30 ptg. (Rabu) : 8.00 pagi - 1.00 tgh.(Khamis) |
 
Bertempat :
Kuala Lumpur International Hotel

Bayaran :
RM 499.00 seorang
termasuk penginapan untuk 2H 1M, makan dan minum. 
Sijil penyertaan akan diberikan kepada para peserta
yang hadir.
(*Pendaftaran 2 orang dan ke atas
akan diberi diskaun RM450 seorang)
 
Pengenalan 

Seni kulinari adalah seni memasak. Seni kulinari adalah satu program yang mendedahkan dunia
kepada seni masakan. Selaras itu, banyak institusi menawarkan kursus ini di peringkat sijil, diploma dan
ijazah sarjana muda bagi melahirkan insan yang boleh bersaing dengan bangsa lain terutama di
dalam penyediaan makanan di seluruh pelusuk dunia. Apa yang menyedihkan, ramai di antara
pengusaha makanan Muslim, tidak mengikuti kursus kulinari dan tidak menitik beratkan seni kulinari ini di
dalam masakan dan pengurusan perniagaan mereka. Akhirnya, ramai pengusaha makanan
Muslim yang ketinggalan dan keciciran berbanding pengusaha-pengusaha makanan yang lain.
Apakah kemahiran yang diperlukan oleh seorang pengusaha makanan baik di gerai, ‘kiosk’, restoran
ataupun perkhidmatan katering? Justeru itu, program ini meliputi pembelajaran seperti
penyediaan asas dan pengkhususan makanan, khidmat pramusaji, perancangan menu dan nutrisi,
perancangan katering dan majlis khas, ‘hygiene’ dan sanitasi, pembelian dan pengawalan produk bahan
mentah (F & B) serta pengawalan kos pekerja.

Program ini bakal memberikan panduan asas kepada mereka yang menceburi bidang perniagaan
berasaskan makanan. Bengkel ini akan mengenengahkan ilmu berkaitan seni kulinari, pramusaji dan
etika peniaga Muslim bagi melahirkan usahawan makanan Muslim yang mampu menempa nama
diperingkat antarabangsa.

" Ahli perniagaan yang menghayati sifat siddiq
tidak terhalang daripada pintu-pintu syurga".
(Hadis Riwayat Al-Hakim)
 
Bagi memenuhi keperluan pasaran, bengkel
ini akan:
i. Memberi panduan berkaitan seni kulinari makanan, pengurusan kewangan, pemilihan
menu makanan, pramusaji, penetapan harga, promosi dan pemasaran, keperluan dll.
ii. Memberi kefahaman tentang amalan penyediaan makanan halal lagi berkat serta
penerangan tentang kepentingannya.
iii. Memberi kefahaman tentang cara penyediaan makanan mengikut Sunnah Rasulullah.
 
Selepas menghadiri bengkel ini, para peserta
akan dapat :
i. Paduan asas dalam seni kulinari dan pramusaji makanan.
ii. Ilmu berkaitan bahan mentah, pemilihan menu, penetapan harga, promosi, kewangan dan lain-lain.
iii. Menggunakan teknik penyediaan makanan mengikut Sunnah Rasulullah
 

Isteri Solehah Penyejuk Hati Suami

     Satu perkongsian yang cukup menarik saya kira
sebagai seorang isteri yang masih baru mengenal perkahwinan
ilmu perlu digali sehingga ke akhir hayat kita
Kasihku, bawaku ke syurga yang abadi

* * * * * * * * * * * * * *

Dalam satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: "Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga."
Saya membalas : "Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.
"Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu."
Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.
            Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
  • Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
  • Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
  • Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada 'dua bahagian muka syiling'. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa:
"Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif."

Wednesday, November 23, 2011

WW-Man Jadda Wa Jada

ISTIQAMAH tangga kejayaan...
InsyaAllah...

Firman Allah SWT,

"Maka jika kamu berazam, hendaklah kamu bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat suka kepada orang-orang yang bertawakal" ~ surah Ali Imran:159
(^^,)

Thursday, November 10, 2011

WW- Pray 4 Palestine

Di MALAYSIA kalau tidak hadir kelas sebab PONTENG
Di PALESTIN tidak hadir kelas sebab SYAHID!
(",)v Peace 4 Palestine
 
Akhirnya syahid mereka
kita tidak tahu lagi
tapi kita boleh tentukan mana jalan yang terbaik
syurga atau neraka
moga kita semua tergolong di kalangan orang yang beriman
Amin

Monday, November 7, 2011

Penangan Mai Secawan..

Selamat Hari Raya Aidiladha 1432H
kepada umat Islam seantero dunia

hari ini dah masuk kerja semula
malas nak mohon cuti rehat.
konon simpan cuti untuk pergi makan angin
tak sabar nak naik belon besar bulan depan

naik belon pergi honeymadu..salah berbulanmadu la

ramai yang masih bercuti huhu
sunyi lak rasanya
tapi tidak mengapa kerana
daku diserang virus mengantuk tahap melampau ^-* haha
nak buat kerja pun tersengguk-senguk
semalam sehari mengemas umah
buang segala yang tidak diperlukan 
rumah kecik barang tidak payah banyak barang
senang sedikit hendak mengemasnya
susun atur balik rumahku yang kecil itu
malam dah letih sangat
tapi tak boleh tidur
akibat daripada
penangan suami bancuh 3 paket Radix sebelum tidur
 
Apapun terima kasih sayangku dan mak
tolong kakmu siapkan kerja

Thursday, November 3, 2011

WW-Mahu yang mana?


Pilihan di tangan anda..

Buatlah pilihan yang terbaik

Nota Buat Isteri 11-20




TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 11 - Beranikan dirimu untuk mempercayai kejujuran suamimu dalam melayari bahtera ini bersama. Sesungguhnya, kepercayaanmu ibarat titisan air yg diperlukan oleh rimbun untuk kekal menghijau. Tanpanya, ia akan layu kekuningan. Namun, suamimu perlu jua diperingatkan - agar cermat menjaga kepercayaan itu ibarat kaca yg mudah retak & calar. Sekali tercalar, mungkin selamanya terluka...

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 12 - Imbangilah antara kebergantunganmu kepada suami dgn keupayaanmu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Pasrahmu yang total hanyalah kepada yg Maha Agung. Saling bergantung, perlu memerlukan adalah perencah kenikmatan hidup bersama. Jikalau masih sendiri-sendiri, apalah erti hidup sebumbung. Sementara dia masih ada di sisi, kita serahkan kemudi bahtera di tangan suami. Namun jika dia harus pergi, kita akan mampu memikul amanah yg ada, InsyaAllah!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 13 - Dapatkan maklumbalas sejujurnya dari suamimu mengenai akhlak dan tingkahlakumu. Biarkan dia berkata-kata tanpa sebarang gangguan, sekalipun hatimu melonjak-lonjak mahu bersuara membela diri. Mohonlah giliranmu pula memberikannya maklumbalasmu. Pilihlah perkataan terbaik dalam menyusun buah tuturmu. Istiqamah dalam muhasabah, kunci tautan dua hati yg ikhlas mencintai kerana Allah SWT

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 14 - Ubati segera hatimu yang terluka mendengar pengakuan suamimu : cintanya sudah beralih kepada wanita lain. Jgn pantas menyalahkan dirimu, apatah lagi mengalah dan berundur. Jgn pula biarkan cemburu merasuk diri, mengocak ketenangan & membakar amarahmu. Tenanglah dahulu, santuni emosimu yg terhiris pilu. Biarkan airmatamu mengalir buat seketika. Namun yakinlah, sesungguhnya engkau masih belum kehilangan segala-galanya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 15 -Pilihlah tindakan yang bijak dalam menangani kemelut suamimu mahu atau sudah berkahwin lain. Berikannya peluang menjelaskan keadaan. Dapatkan segera bantuan org tengah yg adil & amanah. Berpandulah kepada akal, melebihi emosimu di saat ini. Jgn biarkan dirimu seratus peratus dipersalahkan,kelemahanmu dikatakan punca suami terpaksa mencari yang lain. Ingatlah, suamimu yang sepenuhnya bertanggungjawab atas pilihan dan tindakannya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 16 - Hindarkan nada keras, kasar dan lantang apabila berbicara dengan suamimu. Banyakkan mendengar dari bersuara, kerana sesungguhnya Allah melengkapkan manusia dengan sepasang telinga dan hanya satu mulut sahaja. Janganlah ambil kesempatan dari sifat pendiam dan mengalah suamimu. Berikan rasa hormat dan penghargaan yang sebaik-baiknya. Percayalah, anak-anak sedang memerhatikan kemahiran berkomunikasi kalian berdua!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 17 - Serahkan anak-anakmu untuk dijaga sepenuhnya oleh ayah mereka (suamimu) sekali sekala. Yakinlah, mereka akan kelihatan gembira, selamat dan masih bernyawa bila engkau kembali. Hampir pasti, cara suamimu amat berbeza dengan gaya rutin kebiasaanmu. Apalah salahnya membiarkan suamimu mempraktikkan kemahiran kebapaannya. Sebaik manapun engkau sebagai ibu, takkan dapat menjadi seorang bapa terbaik untuk anak-anakmu.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 18 - Hentikan segala kritikan, komen, sungutan dan rungutan terhadap kelemahan dan kekurangan suamimu. Sifat bongkaklah yang menjerumuskan syaitan ke lembah kehinaan dan laknat Allah. Dengan sifat itu jualah syaitan akan merosakkan hubungan perkahwinanmu. Gunakan kaedah penuh hikmah dan merendah diri dalam menegur suamimu. Berikannya peluang dan masa untuk memperbetulkan kesilapan serta ketidakcekapannya selama ini.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 19 - Hiasi kediamanmu penuh kesederhanaan, sekalipun engkau mampu menyalutinya dengan kemewahan. Nyamankan hawa segenap ruangan rumahmu dengan alunan tadarus Al-Quran. Hangatkan kedinginan dengan kemesraan ziarah ukhuwwah tetamu yang datang. Hijaukan halaman dengan pepohon yang segar mengiringi zikirmu. Jadikan ketenangan tema utama yang dikongsi bersama dengan semua yang sudi bertandang.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 20 - Layanlah ahli keluarga suamimu sebagaimana engkau mahu dia melayani keluargamu. Janganlah tunjukkan kebencian dan rasa kurang senang semasa bersama ipar-duaimu. Hindarkan sebarang pertembungan yang memaksa suamimu memilih antara engkau dan keluarganya. Berikanlah hadiah, sambutlah kedatangan mereka ke rumahmu dengan ramah tamah dan senyuman keikhlasan - nescaya keberkatan rezeki melimpah ruah dalam kehidupan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...