Thursday, June 28, 2012

WOW- Bengkel Muslimah Untuk Muslimah Superb


 Satu lagi program untuk WANITA SAHAJA :) Bukan anjuran One Heart Creative Solution tapi anjuran Nisa' Gombak :) 
Kosongkan tarikh 7 Julai anda.. 
Jom! Serlahkan aura muslimah superb! ^_^ Jumpa disana!! InsyaAllah

Untuk pendaftaran, hubungi Cikpuan Fadzilah Bint Hassan di 013 3742991.
Daftar segera kerana tempat terhad!

Kenapa perlu anda join WOW?
1.Yuran yang sangat murah
2.Sangat berbaloi dengan perkongsian fasililator yang hebat.
3.Jom upgrade diri menjadi MUSLIMAH SUPERB...WOW ^_^

lagi satu jangan lupa klik kat FB : Nisa' Gombak
 


Sunday, June 24, 2012

Short Bra Alternatif Baru


Selalunya kita biasa dengar LONG BRA iaitu 1 set bersama dengan WAINST NIPPER dan LONG GIRDLE..rini ummu nak promote satu barang iaitu SHORT BRA.





 

credit to : MIMI YUSOF

  Ciri-ciri Istimewa SHORT BRA

  
1.    Fabrik bersulamkan FIR
- Melindungi badan daripada sinar UV dan menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme.
- Menganjalkan payudara. So, bila anda dah pakai premium short bra ni..anda akan rase payudara anda lebih anjal, pejal, dan mantap.
- Bagi payudara kecil, ia dapat membesarkan payudara anda.Lebih tepat,MEMANTAPKAN!
- Bagi payudara besar, jgn risau. Ia bukan besarkan lagi payudara anda tetapi ia memberi payudara anda lebih anjal,mantap, dan mempunyai lurah lebih dalam berbentuk ‘m’. Berasaskan ilmu yang dipelajari, para suami lagi suka bila payudara isteri mempunyai lurah yang lebih dalam. Serius! So, para isteri, cepat-cepat dapatkan premium short bra. Suami pasti lagi sayang. :) 
 
2.   3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik
- Menampung payudara supaya tak jatuh dan terletak pada kedudukan yang betul.
- Dalam lapisan cawan coli mempunyai chitosan yang diperoleh daripada kuku kaki ketam dari dasar lautan Jepun yang berfungsi untuk mencegah kanser payudara.

3.    Mempunyai rawan keluli

- Rawan keluli bersifat elastik. Ia bukan sejenis seperti pada bra biasa.
- Ia boleh diregangkan 360 darjah. So, rawan keluli ni boleh dilentur, dilipat, or whatever..sebab ia bersifat lembut. So, ia takkan patah, rosak, dan menekan bawah payudara anda.
- Ia menegakkan dan mengukuhkan kedudukan payudara anda.

4.    Berkuasa mampatan

- Rekabentuk premium short bra mempunyai mampatan dan tegangan  di bahagian depan dan meningkatkan garis payudara serta menyokong bahagian dada. So, bila anda pakai premium short bra ni, anda akan rasa payudara anda terletak dalam cawan bra dengan betul.

5.    Mengurangkan lemak di bahagian belakang badan

– Rekabentuk  yang mampat dan tegangan pada bahagian belakang dapat mengurangkan lemak yang terdapat pada bahagian belakang anda.
- So, lemak dibahagian belakang tu boleh dialihkan. So, tak de la payudara kat belakang plak. haaaa!!! cam ner nak alihkan lemak badan dibelakang ? Saya ada caranya. Saya boleh bantu anda. :)

6.    Kuasa serapan yang baik

- Anda boleh pakai sampai 1 minggu baru basuh pun tak pe. Sebab ia serap peluh dan bau…So, memang tak berbau. Pas pakai, korang kipaskan je.  Sangat mudah!

7.    Banyakkan air susu

- Wanita yang tengah pregnant or breastfeeding, lagi elok menggunakan premium short bra sebab ia mempunyai sinar infra merah jauh (FIR).
- FIR ini bertindak balas dan akan mencairkan susu yang beku pada payudara anda, melancarkan, dan memperbanyakkan lagi air susu payudara anda. So, baik untuk bayi anda.

8.    Tak gegar!!

- Apabila anda pakai premium short bra ni, anda tak akan rasa ‘gegar’ pada payudara anda. Tak percaya? cuba sekarang ni korang lari setempat? gegar ke tidak???? Haaaaa!!! GEGARKAN!!!! Tp, kalau anda pakai premium short bra ni, lari setempat ke..berlari ke…CONFIRM TAK GEGAR! MANTAP GITU! Serius!

9.    Tahan sehingga 10 tahun.

– Sangat-sangat berbaloi..Cuba tengok kalo bra biasa tak sampai setahun tali getah dah longgar kan?


10.   Untuk siapa?
- semua orang boleh especially for PREGNANT MOMMA!


HARGA PREMIUM SHORT BRA

SAIZ KECIL : RM 480

SAIZ BESAR: RM 520

 tetapi Ummu bagi PERCUMA
PB WASHER 
* LIMITED STOK (siapa cepat dia dapat)




REMEMBER, PREVENTION IS BETTER THAN CURE ...
UMMU
012-5900573

Friday, June 22, 2012

Premium Beautiful l Beautiful Transform

Testimoni from Oven..Hot Hot..


Testimoni from my Great Mentor

"As you can see, my own testimonials... 
 i was 80kg and now currently 60kg!! Amazingg!!
 love premium beautiful to itsy bitss!! 
consistent pakai 8hours a day!
 Berterusan a year or more the results mesti ada.
3 months before raya, mesti nak badan maintain and terletak jer ;) "

So kalian di luar sana, cepat dapatkan Premium Beautiful anda sendiri. Ramai dah terbukti berkesan tanpa perlu diet, tanpa perlu ke Slimming Centre atau makan ubat. Paling best shape serta merta..
 
Antara beberapa testimoni lagi ummu akan share kemudian..
Ramai yang membeli dengan ummu disebabkan masalah berat badan dan masalah kesihatan dalaman.
Alhamdulillah ummu dapat merealisasikan impian mereka.

Paling latest yang membeli dengan ummu ialah isteri seorang penyanyi nasyid terkenal. hihi rezeki ummu, dia beli dengan ummu sebab percayakan ummu.
sebab tu ummu nak pesan sekiranya nak beli Premium Beautiful mesti cari agent yang terlatih iaitu
 tahu mengenai Premium Beautiful sepenuhnya,
 mahir cara nak ukur,
 saiz yang betul,
pemakaian PB dan cara mencucinya..
Sebab bukan semua yang diluar sana tahu. 

Berminat call/sms:

UMMU

012-5900573


Fesyen Muslimah l Gaya,Mutu, Keunggulan

Alhamdulillah, bila bermulanya berniaga nie, my mentor selalu pesan kita kena sentiasa UPGRADE diri. Berubah ke arah yang lebih baik. Salah satunya mestilah dari segi fizikal atau luaran yang biasanya orang akan lihat. Bermula dari situ Ummu berubah, bukannya sebelum tak elok tapi keyakinan dengan diri bertambah. TETAPI wajib kena kekalkan imej menutup aurat. Tambahan pula suami yang puji lagi kita bangga. Siapa tak bangga bila isteri menjaga personaliti dan pandai cari duit.
Jadi Ummu cuba selalu tengok blog-blog fesyen. Salah satu carian ummu terjumpa blog ini.
Memang kena dengan fesyen nie, simple dan vogue. Jom cuci mata tengok gambar-gambar ini.

 My Mentor www.hanishaizi.com yang cukup cantik, vouge dan gorgeous bila berpakaian.Yelah bila dah ada duit semuanya menjadi.

koleksi kasut yang meletop rekaan dari luar negara..

Selain itu, Hanis menghimpun koleksi jenama terkenal. Tak percaya cuba klik




Dan siap masuk dalam surat khabar dan majalah..


Berita harian

 Majalah Nur

Love Her Style
I'm always pray be like her
Amin, insyaAllah
Allah know what the best for ME

Love like this..
dan semestinya kumpul baju warna HIJAU ^_^


(1)

(2)
(3)

(4)


(5)

(6)


(7)

 (8)

credit to : stylishmuslimah

Apa yang anda suka?mai share dengan ummu..

Sunday, June 17, 2012

Israk Mikraj l Penghayatan Kisah dan Pengajaran



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah. Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam. Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :

"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Sahabat yang dimuliakan,

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T ) ;
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)

Sahabat yang dikasihi,

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

Thursday, June 14, 2012

Buka Booth sempena Karnival IKIM ke 20 tahun

Alhamdulillah akhirnya impian ummu tercapai jugak..

Satu ketika dulu pernah berangan untuk buka booth di IKIM sendiri. Almaklumlah berkerja di sini baru 5 tahun, bila mana setiap kali ada Karnival hanya boleh pandang ja orang berniaga. Bila kita pandang yang baik, niat dalam hati insyaAllah satu hari kita akan dapat. Sekarang my turn, i will be my best with my team. wish me LUCK.




Untuk event yang besar mesti lagi teruja, Sekarang Ummu dah dapat, jadi kena merancang apa yang patut buat..

Sangat excited untuk join Karnival Ulangtahun IKIM ke 20 yang akan diadakan pada 14-15 Julai 2012. Pelbagai acara akan diadakan. Ummu akan update dari semasa ke semasa.

Nak tahu lebih lanjut boleh Klik di sini http://www.ikimfm.my

PB berbeza dari yang biasa


credit to lidarahim.com


PAKAIAN DALAM BIASA




PREMIUM BEAUTIFUL



KOS

Katakan harga pakaian dalam minima RM30 (bra + panties) dan anda hanya memiliki 7 pakaian dalam, minima (so rotate setiap minggu)

 Jadi :

RM30 x7 = 350

Manakala jangka hayat pakaian dalam anda (bra + panties) adalah setahun dan jangkamasa memakai pakaian dalam dari umur 20 – 60 (40 tahun hayat):

Jadi

350 x 40 = 
RM 14,000






Harga Premium Beautiful :

RM 2,400 – RM 2,600 
*ikut saiz badan anda


Akan dapat 3 pieces,
 LONG BRA,
 LONG GIRDLE  bengkung WAIST NIPPER

SHORT BRA RM 480

Jangkamasa :

SEPANJANG HAYAT

CIRI –CIRI BRA

1. Menyokong payudara & push up (bra) semata-mata.





2. Fabrik dan corak bergantung pada jenama dan harga, lebih mahal lebih berkualiti.


1. Menyokong, membentuk, dan mengemas bentuk, kedudukan dan saiz payudara dengan mengagih lemak ke tempat sepatutnya dan membakar lemak jahat.

2. Fabrik Akwatek & Akwadyn – bila suhu sejuk ia bertindak memanaskan badan dan sebaliknya.

3. Mengandungi F.I.R untuk kesihatan dan pembentukan tubuh


CIRI – CIRI PANTIES

Fabrik dan corak bergantung pada jenama dan harga, lebih mahal lebih berkualiti.


Turut mengandungi F.I.R untuk kesihatan dan pembentukan paha dan punggung.

TAMBAHAN



1. Berkualiti dan Produk SUPERBRAND


2. LIFETIME WARRANTY


3. 70% untuk KESIHATAN
    30% untuk   KECANTIKAN


4. Merawat pelbagai penyakit
 seperti slip dics, sengugut,keputihan, cyst, kanser tahap awal,

5. Khas buat wanita yang inginkan bentuk badan menarik dan lelaki untuk kempiskan perut.

 


Penjagaan dan Mencuci Premium Beautiful

Khas buat anda yang semakin cantik dengan pemakaian Premium Beautiful, Ummu nak share sedikit cara penjagaan yang terbaik untuk Premium Beautiful kita.sebab kita dah melabur jadi mestilah kena jaga dengan baik kan..





1. Cuci PB anda menggunakan PB wash atau pun baby wash. Jangan gunakan peluntur ye kawan-kawan.
 
 
 
 

2. Dilarang masukkan ke dalam mesin basuh. Ini untuk mengelakkan perubahan struktur Premium Beautiful anda..

3.Dilarang menjemur Premium Beautiful anda di bawah sinaran dan panahan matahari. Jemurkan sahaja di tempat yang redup dan berangin. Kalau yang bekerja macam Ummu dan risaukan hari hujan, jemurkan di bawah kipas.

4.Lepas dan kering, boleh terus pakai atau simpan di tempat yang sepatutnya. Tak perlu seterika atau iron tau. Simpan macam biasa aje. Selamat mencuba.


5. Langkah yang perlu anda buat ialah:


a.Bersihkan secara lembut tempat yg mempunyai kotoran selama 15minit dengan tangan.




b. Bilas sekurang kurangnya 3 kali dengan air bersih.
 ( JANGAN PERAH DENGAN TANGAN )





c. Guna tuala kering untuk menyerap air yg terdapat pada pakaian dalam. Kemaskan bentuk pakaian dalam kepada bentuk asal dan keringkan di tempat yg berangin 




 
Nak tahu lagi pasal PB? atau nak beli PB Washer
 just call me..
 
UMMU
012-5900573
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...