Monday, February 27, 2012

Lacto Lite Terbaik untuk USUS kita

Apa itu Lacto-Lite?
Lacto-lite merupakan minuman Serbuk Yogurt Kultur Hidup dan Inulin yang menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin bagi menjamin kesihatan sistem penghadaman (gastrousus) dan badan kita. Ia adalah sinbiotik yg menggabungkan kedua2 probiotik dan prebiotik, tidak mengandungin sebarang herba atau bahan kimia yang bersifat laksatif (julap) makanya, sama sekali takkan menyebabkan kekejangan perut mahupun cirit-birit

Kebaikan Lacto-Lite?

  • tahan terhadap asid perut dan garam hempedu
  • keupayaan hidup dan mengekalkan aktiviti walaupun ketika disimpan
  • kebolehan melekat pada sel usus dgn baik 
  • diiktirafkan oleh FDA sebagai GRAS (Generally Recognized as Safe) 
  • tidak mengandungi sebarang herba atau bahan kimia yg bersifat laksatif (julap) 
  • tidak akan menyebabkan kekejangan perut atau cirit-birit.  

Lacto-Lite membantu badan kita?
  • dengan menyingkirkan TOKSIN dalam badan 
  • dengan meningkatkan metabolisme untuk MENGURANGKAN berat badan 
  • dengan menggalakan PERTUMBUHAN bakteria baik 
  • dengan membantu PROSES penghadaman 
  • dengan membantu melegakan SEMBELIT 
  • dengan membantu SINTESIS vitami  
Sekiranya berminat :

MUDAH
dengan pembelian  
SECARA ONLINE
atau DIRECT dengan saya

Apa yang perlu anda buat ialah :

CALL/SMS

ummu
012-5900573

Friday, February 24, 2012

Spare-Part BioAura

Filter Harga   Jangka Hayat
A    79.00    1 tahun
B    79.00    1 tahun
C  150.00   1 tahun
D    150.00  3 tahun
E    150.00 3 Tahun
F    190.00 5 Tahun

saya mahu MEMUDAHKAN anda
dengan pembelian SECARA ONLINE

Apa yang perlu anda buat ialah :

CALL/SMS

ummu
012-5900573 

















Wednesday, February 22, 2012

D.I.Y - Bunga-Bunga InspirasiKu


Tengah membuat satu projek khas sebenarnya
mendapat ilham dari blog di atas
nanti lah dah siap baru poskan ke sini..
ummu sangat suka "mengeraskan tangan" 
walaupun 
tangan lembut sahaja..
idea datang mencurah-curah tapi
kalau tiada tindakan pasti tak buat jugak..
hihi selalu ummu macam tue..
ada sahaja nak buat,
simpan segala bagai benda yang comel dan boleh dijadikan kenangan
tapi last2 ummu buang jugak.
sekarang apa yang ummu nak buat ummu simpan dalam satu kotak
bila ada masa terluang boleh buat
jadikan sampai jadi
sekarang tengah plan mahu membuat frame
dah siap 50%
tinggal nak lekat bunganya sahaja
sekiranya anda juga ada idea
mulakan segera selagi berpeluang
 dah siap nanti ummu poskan kemudian ya

Ummu sangat suka kepada SENI KRAF
Anda pun mesti pencinta seni kan?
 Kongsi dengan saya sama 
apa minat anda pada SENI..


Kejayaan : Harapan membina kekuatan Diri


Harapan mampu mengatasi halangan.

Harapan yang tinggi akan memberikan kekuatan luar biasa
 yang memampukan kita mendaki ke puncak jaya

Kuasa harapan ialah kekuatan dalaman seseorang untuk merempuh ranjau duri kehidupan.

Jika harapan lemah, masalah yang kecil terlihat ibarat gunung yang akan menimpa.

  - Ir. Ahmad Jais Al-Syazili - Solusi No.41

tahun demi tahun berlalu
apa yang kita impian dan harapan
sudahkan ia menjadi satu realiti
atau sekadar hanya satu angan-angan sahaja

Tahun 2012
permulaan yang baik
tahun untuk membina kejayaan
bermula dari kesedaran diri sendiri
bina matlamat dan sikap yang baik
dari ZERO ke HERO

Kita buat DUIT bersama

Doa minta dengan Allah
Usaha mahu jadi yang terbaik
Istiqamah positif dalam kehidupan
Tawakal dan berserah dengan Allah
 



Thursday, February 16, 2012

Kehilangan Yang Cukup Dirasai

Pagi ini kami dikejutkan dengan berita kemalangan DJ Razak Arbain, beliau mengalami kecederaan yang teruk dan menghembus nyawanya buat kali terakhir..

Arwah yang kami kenali seorang yang sangat-sangat baik.suka senyum, tutur bicara yang lembut, suka tolong-menolong
memang sangat terasa kehilangannya.
suasana di pejabat hari ini sangat sunyi dan sepi
kawan-kawan lelaki ramai yang pergi ziarah hingga dikebumikan


Menurut cerita yang saya dapat tahu, arwah baru sahaja menghantar anaknya ke sekolah.
Dalam perjalanan balik motosikal arwah bertembung dengan motosikal yang dinaiki oleh jirannya ..
Kedua-duanya mengalami kecederaan yang teruk namun arwah dijemput Allah terlebih dahulu.
Moga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman.

Arwah meninggalkan seorang balu dan 3 orang anaknya. Menurut sahabat yang menziarah isterinya sedang mengandung 4 bulan.. Allahu Akbar.. 

Allah cukup menyayanginya..
Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.



Kita pun tidak tahu bila masa kita..

Teringat sabtu lepas (11/2/2012) kejadian yang menimpa diri Ummu sendiri.
Ummu pulang menghantar barang keperluan untuk mak di Dengkil
 Selepas solat Asar Ummu bergerak balik semula ke Batu Caves
dengan mengikut Lebuhraya Maju Expressway (MEX)
suami tidak ikut balik kerana kerja

Selepas sahaja melepasi R n R Seri Kembangan ummu dapat merasakan
dashboard kereta dan stereng bergegar..
tapi sekejap sahaja jadi ummu teruskan perjalanan walaupun terdetik di dalam hati mahu berhenti.
Namun tiba-tiba stereng kereta memusing hingga menyebabkan hilang kawalan..
Ummu cuba control stereng kereta namun kereta tetap berpusing banyak kali
Hanya yang mampu buat ketika itu dengan takbir dan mengucap syahadah sahaja
Hanya Allah yang tahu  perasaan ketika itu..

Doa ummu kalau nak berhenti biarlah di kiri jalan sahaja
bukannya di penghadang jalan yang akan menyebabkan kejadian lebih teruk
Alhamdulillah kereta berpusing-pusing dan berhenti disebabkan melanggar longkang menghadap bukit
Terus Ummu keluar kereta kerana takut apa-apa berlaku.
mujur hentaman tidak terlalu kuat..
mengigil dan menangis sekejap sahaja

Bila diingatkan balik kuat jugak ummu masa itu
dan yang paling penting ummu pakai sit belt..
kalau tidak ummu mungkin sudah terlambung keluar
Allah cukup menyayangi diriku..

Semuanya dipermudahkan segala urusan dari membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi sehingga mengikut toing kereta ke Perodua Bandar Tun Razak..
myvi comelku akan dibaiki dan pihak insurans akan uruskan semuanya
rosak teruk jugak bahagian hadapan dan bahagian tepi kereta
tayar pecah di bahagian kanan belakang manakala tiga lagi kempis..
dengan minyak yang baru diisi mengalami kebocoran tangki
huhu mungkin ambil masa jugak..
Hairan jugak kerana kereta baru sahaja diservis.
Penunda kereta pun maklumkan jalan tu selalu sangat berlaku kemalangan
Allah jua Maha Mengetahui
 

ummu tidak ambil gambar pun walaupun kamera di dalam beg tangan ummu
sebab ummu tidak mahu sedih kalau ummu tengok gambar itu
Suami ummu cukup terkejut masa tengok kereta tue..
Mungkin macam-macam yang difikirkannya
ummu tengok matanya berkaca
namun yang diucap ialah "Syabas, sudah menjadi DRIFT DENGKIL.."
tengok dalam keadaan macam tue dia sempat buat lawak..hihi
tangan dia tak lepas memegang tangan ummu..
sangat tersentuh masa tue
ada sesuatu yang disebutnya namun biarlah rahsia kami berdua..
 

biarlah ia dalam kenangan,
mungkin ada hikmahNya.
 
mana kita nak tahu kan..
 
tetapi ummu sangat bersyukur masih diberi kesempatan bernyawa..
syukur padaMu Allah
 



 

Friday, February 10, 2012

20 Amalan Murah Rezeki





Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:


1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. 

Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sumber: http://www.hanan.com.my
               http://myibrah.com

Wednesday, February 8, 2012

WW-Second Change








A Second Change Don't Mean Anything If You Haven't Learned From Your First Mistake

YES..

bila diberi peluang kedua laksana sebaik mungkin..
kita buktikan untuk jadi lebih baik dari sebelum nie..

Pilihan di tangan sendiri..

Mahu yang biasa-biasa atau
 YANG LUAR BIASA

think BIG you can get BIG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...