Thursday, February 16, 2012

Kehilangan Yang Cukup Dirasai

Pagi ini kami dikejutkan dengan berita kemalangan DJ Razak Arbain, beliau mengalami kecederaan yang teruk dan menghembus nyawanya buat kali terakhir..

Arwah yang kami kenali seorang yang sangat-sangat baik.suka senyum, tutur bicara yang lembut, suka tolong-menolong
memang sangat terasa kehilangannya.
suasana di pejabat hari ini sangat sunyi dan sepi
kawan-kawan lelaki ramai yang pergi ziarah hingga dikebumikan


Menurut cerita yang saya dapat tahu, arwah baru sahaja menghantar anaknya ke sekolah.
Dalam perjalanan balik motosikal arwah bertembung dengan motosikal yang dinaiki oleh jirannya ..
Kedua-duanya mengalami kecederaan yang teruk namun arwah dijemput Allah terlebih dahulu.
Moga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan beriman.

Arwah meninggalkan seorang balu dan 3 orang anaknya. Menurut sahabat yang menziarah isterinya sedang mengandung 4 bulan.. Allahu Akbar.. 

Allah cukup menyayanginya..
Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.



Kita pun tidak tahu bila masa kita..

Teringat sabtu lepas (11/2/2012) kejadian yang menimpa diri Ummu sendiri.
Ummu pulang menghantar barang keperluan untuk mak di Dengkil
 Selepas solat Asar Ummu bergerak balik semula ke Batu Caves
dengan mengikut Lebuhraya Maju Expressway (MEX)
suami tidak ikut balik kerana kerja

Selepas sahaja melepasi R n R Seri Kembangan ummu dapat merasakan
dashboard kereta dan stereng bergegar..
tapi sekejap sahaja jadi ummu teruskan perjalanan walaupun terdetik di dalam hati mahu berhenti.
Namun tiba-tiba stereng kereta memusing hingga menyebabkan hilang kawalan..
Ummu cuba control stereng kereta namun kereta tetap berpusing banyak kali
Hanya yang mampu buat ketika itu dengan takbir dan mengucap syahadah sahaja
Hanya Allah yang tahu  perasaan ketika itu..

Doa ummu kalau nak berhenti biarlah di kiri jalan sahaja
bukannya di penghadang jalan yang akan menyebabkan kejadian lebih teruk
Alhamdulillah kereta berpusing-pusing dan berhenti disebabkan melanggar longkang menghadap bukit
Terus Ummu keluar kereta kerana takut apa-apa berlaku.
mujur hentaman tidak terlalu kuat..
mengigil dan menangis sekejap sahaja

Bila diingatkan balik kuat jugak ummu masa itu
dan yang paling penting ummu pakai sit belt..
kalau tidak ummu mungkin sudah terlambung keluar
Allah cukup menyayangi diriku..

Semuanya dipermudahkan segala urusan dari membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi sehingga mengikut toing kereta ke Perodua Bandar Tun Razak..
myvi comelku akan dibaiki dan pihak insurans akan uruskan semuanya
rosak teruk jugak bahagian hadapan dan bahagian tepi kereta
tayar pecah di bahagian kanan belakang manakala tiga lagi kempis..
dengan minyak yang baru diisi mengalami kebocoran tangki
huhu mungkin ambil masa jugak..
Hairan jugak kerana kereta baru sahaja diservis.
Penunda kereta pun maklumkan jalan tu selalu sangat berlaku kemalangan
Allah jua Maha Mengetahui
 

ummu tidak ambil gambar pun walaupun kamera di dalam beg tangan ummu
sebab ummu tidak mahu sedih kalau ummu tengok gambar itu
Suami ummu cukup terkejut masa tengok kereta tue..
Mungkin macam-macam yang difikirkannya
ummu tengok matanya berkaca
namun yang diucap ialah "Syabas, sudah menjadi DRIFT DENGKIL.."
tengok dalam keadaan macam tue dia sempat buat lawak..hihi
tangan dia tak lepas memegang tangan ummu..
sangat tersentuh masa tue
ada sesuatu yang disebutnya namun biarlah rahsia kami berdua..
 

biarlah ia dalam kenangan,
mungkin ada hikmahNya.
 
mana kita nak tahu kan..
 
tetapi ummu sangat bersyukur masih diberi kesempatan bernyawa..
syukur padaMu Allah
 



 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...