Wednesday, October 19, 2011

Nota buat Isteri 1-10

 Mari kita selusuri hikmah sebagai seorang isteri untuk kita sentiasa perbaiki diri menjadi lebih baik buat suami dan keluarga kita demi mencapai keredhaan dari Allah S.W.T..

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 - Ikhlaskan niatmu menjadi teman hidup pasanganmu. Ketetapan Allah memilih yang seorang ini buatmu, dari berjuta lelaki di dunia. Pasti ada hikmah yg tersirat dan tersurat. Ayuh, kita selongkar rahsia Allah itu dalam hidup seharian bersama, pasti di situ kau kan temui bahagia....

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 2 - Pertahankan ikatan pernikahan yang dibuat atas nama Allah yg Maha Agung. Hanya dgn nama-Nyalah, apa yang asalnya haram antara engkau & sidia, menjadi halal dan dibolehkan. Genggam erat ukhuwwah yg terjalin - penuh pasrah dan tawakkal.

TALIAN HAYAT UNTUK PARA ISTERI : Nota 3 - Pandu arah kehidupan bersama ini semata2 utk mencari redha Allah. Saling bantu membantu dalam usaha kebaikan dan takwa. Kumpulkan sebyk mungkin bekalan. Moga tika kita terpaksa berlutut di depan Allah sendiri-sendiri, amal bakti yg kita kutip bersama mampu meraih belas ihsan Allah buat kita sekeluarga.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 4 - Fahamilah erti sebenar taat kepada suami yang disarankan agama. Ketaatan itu bukannya menurut semua perintah suami tanpa usul periksa. Demi hubungan yg harmoni & sejahtera, elok benar kalau siisteri yang mengalah / `surrendered',di saat kita mampu menunjuk lagak menyombongkan diri terhadap suami. Merendah diri bukan minta dipijak-pijak! Sekadar menunjuk akhlaq terpuji, agar tenang hati suami. Rugikah kita para isteri kalau kita taat secara rela diri?

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 5 - Selitkan doa setiap masa, moga Allah SWT mencampakkan hidayah-Nya ke dalam hati suami kita. Moga lebih cinta dia kepada iman, takwa dan ihsan. Moga dia terus gigih mencontohi suami teragung, Muhammad SAW. Mudah-mudahan jua, bersama kita meniti kehidupan dalam redha dan kasih sayang Allah setiap masa dan ketika!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 6 - Hargailah setiap usaha, kasih sayang, saraan hidup dan pemberian suamimu, insan kerdil yg begitu gigih cuba melaksanakan amanah berat di bahunya. Hentikan cemuhan, kritikan, sindiran dan perli dlm setiap patah ayat yg ditujukan utknya. Gantikan dgn kata semangat dan keyakinan yg mampu mendorongnya menjadi suami yg lebih menyerlah, InsyaAllah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 7 - Didiklah hati agar menyayangi wanita yang melahirkan suamimu, kenanglah jasanya mendidik anak lelakinya menjadi pasangan yang mengasihimu kini. Jangan sekali jadi musuh @ saingannya, sekalipun itu mungkin tanggapan ibu mertua terhadapmu. Yakinkan hatinya, bahawa engkau bukanlah perampas kasih anaknya. Engkau sebenarnya permata yang menyinari hidup suami dan juga penyeri hidupnya, jika dia sudi memberi peluang tersebut kepadamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 8 - Belajarlah untuk ikhlas dalam memberikan kasih sayang dan cinta utk suamimu. Seringkali ada sahaja niat dan sebab musabab lain semasa kita melafazkan ikrar kasih. Jika benar ikhlas, engkau takkan mudah kecewa jika sesekali seperti cintamu tidak berbalas, penat lelahmu tidak dihargai. Keikhlasanmu kan menjadi daya penarik yg kuat mengikat hati suamimu kepadamu!



TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 9 - Serlahkan bakat dan potensimu, gunakan kecerdasan dan keupayaanmu untuk memberi manfaat kepada orang lain. Prihatinlah kepada keperitan hidup masyarakat di luar sana, bantulah semampu boleh. Jadilah manusia yang banyak jasanya - pasti suami dan anak-anakmu bangga beristeri dan beribukan seorang yang istimewa seperti kamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 10 - Bijaklah mengurus masa, modal anugerah Allah kepada kita semua. Senaraikan keutamaanmu dan tumpukan usaha mendahulukan mana yang sepatutnya dibereskan dahulu. Dapatkan bantuan suami dan anak2 untuk menyelesaikan tugasan. Jangan bebankan dirimu cuba menjadi `wanita luarbiasa' - suamimu cuma inginkan seorang isteri solehah yg bijaksana!

Sumber : http://drhar.blogspot.com

Friday, October 14, 2011

Nota buat suamiku..


Suamiku, Aku Mencintaimu

Suamiku...

Masih ingatkah kau setahun yang lalu, saat pertama kali kita terikat halal oleh kecintaan kerana Allah subhanahu wata'ala?.

Kita melihat satu dengan yang lain begitu sempurna, menyenangkan dan membahagiakan.

Rasanya begitu abadi kebahagiaan yang kita cita- citakan. Hari- hari selanjutnya adalah perjalanan pergantian suka dan duka, dan kebahagiaan atau konflik sentiasa melingkupi hubungan hati.

Suamiku...

Saat suatu hari kau menemukan sikapku yang mengjengkelkanmu...

Mohon sedikit luaskan hatimu. Jangan kau kesal menganggap kalimat dan tangisan manja dari wanitamu ini. Bukan bermaksud menyulitkan, namun sekadar mencari cara lain mendapatkan perhatian, kerana kosongnya satu sisi hati yang ingin untuk lebih dimanjakan oleh seorang lelaki yang begitu dikaguminya.

Mengapa Allah menjadikan kau suami, dan bukan sebaliknya? Kau telah ditakdirkan Allah menjadi suamiku, yang bererti menjadi pemimpin diri wanitamu ini
. Yakinlah itu suamiku, dan jangan balas semua dengan keseriusan seorang lelaki, namun fahamilah kerapuhan dan kebodohanku sebagai wanita.

Hanyalah kelembutan, kasih sayang, serta nasihat penuh kesabaran namun tegas, yang dapat dengan mudah meluruskan tindakan aneh isterimu walau semua awalnya aku berniat baik. Jangan buat aku semakin bebal dan tidak mengerti dengan berbalik memberikan sejuta amarah apalagi pukulan, kerana semua itu adalah kerana ketidaktahuan. Janganlah pula mempersempit hatimu dengan tangisan kerana itu akan menyedihkan untukku wahai suamiku. Fahamilah kerana semua itu adalah kenakalan dan kemanjaanku, maka mohon maafkanlah aku.

Suamiku...

Saat suatu hari kau menemukan kata- kataku menyakitkan dan mengusik telingamu...

Pernahkah kau melihat seorang wanita yang bisa mengeluarkan perasaannya dengan mudah, sedang sang suami tetap melihat dengan senyum, perhatian dan pandangan yang positif. Hal itu sebenarnnya sudah sangat menjelaskan kepada sang isteri sendiri bahawa dia adalah sangat cerewet dan tindakannya tidaklah baik. Namun, hal itu juga membahagiakan para isteri kerana secara sedar dia bersyukur bahawa ada seorang manusia yang ternyata begitu sangat mencintai dan memahaminya...

Suamiku....

Ampuni isterimu atas kekurangan yang dikurniakan Allah kepadaku. Mohon jangan tutup pintu hatimu dengan tidak redha mu atasku. Jangan buat para bidadari di syurga menggantikan posisiku dan memilikimu kelak. Sungguh hal itu akan menyedihkan bagiku.

Suamiku...

Kau gagah, ketika kau biasa meletakkan kelembutan dan senyum saat mendidik isterimu. Kau tegas, saat mengatakan kalimat dengan tegas namun santun untuk memperbetulkan wanitamu. Kau berwibawa, saat nada bicaramu menggambarkan ketulusan dan kemurnian niatmu dalam menasihati. Sama sekali bukan bentakan dan atau nada tinggi. Kau kuat, saat menerima dengan ikhlas tentang kelemahan isterimu. Kau baik, saat dengan kelapangan hatimu memaklumi keburukan pasanganmu.

Keluasan hatimu memaafkan, bagiku adalah pelajaran dari seorang guru untuk memaafkan. Keluasan hatimu untuk memaklumi dan bersabar, adalah pengajaran bagiku untuk memaklumi dan bersabar. kesabaranmu untuk memahami adalah pelajaran berharga bagiku untuk memahami.

Suamiku, kaulah idolaku...

Suamiku, kau lah idolaku, yang halal bagiku. Dan aku ingin selalu mengagumimu. Hanya kau. Maka mohon dengan doadan harapan, didiklah dirimu agar indah untukku dan dihadapanku, dan didiklah aku agar aku mengerti tentang keindahan itu. Supaya aku belajar tentangnya dan tentang kebaikan.Supaya aku dapat dengan tulus berterimakasih kepada Allah atas kurniaan manusia sepertimu, supaya aku dapat meneduhkan diri dan mencukupkan jiwa denganmu, supaya aku dapat dengan batin yang tulus berkata, "Suamiku, Aku mencintaimu.."


 Yang Ikhlas Menyayangi dirimu
     ..Isterimu..

Selamat Ulangtahun Pertama - 25.09.2011

Monday, October 10, 2011

Tips : Sunnah Harian Rasulullah S.A.W



SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI


Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

Oleh Ustaz Zawawi Yusof
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...