Tuesday, July 26, 2011

Bila dia sedih 
aku pun turut sama sedih

Hanya kita yang memahaminya..

Tuesday, July 19, 2011

WW 1 - Tanda Bagi Orang Yang Bersyukur




Wordless Wednesday (WW) is a visual blogosphere phenomenon. Whereas blogs (web journals) are primarily about "words" bloggers love to dress their journal entries with imagery. WW is a simple blog post featuring a photo which conveys a message that speaks for itself without using words. However, there are no specific rules about WW posts so a few (and sometimes, many) words may accompany a photo or image that is the focus of a WW blog entry.

Sumber :  
http://healing.about.com/od/blogs/a/ww-wordless-wednesday.htm

Penghargaan buat saya yang baru..

Terima kasih sudi singgah ke blog Ummu yang tidak seberapa ini.
Masih banyak yang perlu dipelajari untuk teruskan menulis blog.
Saya budak baru belajar.Hihi
Moga blog ini mampu memberi sedikit sebanyak ilmu kepada 
diri Ummu dan pembaca yang disayangi..
Blog ini bertujuan untuk peringatan untuk diri saya sendiri
serta kenangan, pengajaran yang saya belajar
dapat diabadikan dalam blog ini.
Moga Allah mudahkan urusan Ummu dan rakan pembaca sekalian
Terima kasih sekali lagi,
Kalau sudi mohon syer link ke blog kalian agar dapat saya follow bersama..

Jom amalkan solat Dhuha setiap pagi agar kita lebih beroleh keberkatan dalam rezeki yang diberi. Amin

Friday, July 15, 2011

Baby, please come to me..


hihi xda apa-apa sebenarnya
saja buat gimik..haha
tapi rasa bahagia apabila
 dikelilingi oleh bayi-bayi sihat nie..
Masa kat Pangkor sempena Family Day IKIM 2011
kalau boleh semua baby nak pegang
nak cubit pipi..cikmu geram..haha
sebab suka tengok wajah kecil yang mulus dan bersih

 anak kak rozi nak mandi kolam weh

 hah tengok kemain lagi taufik cipotet nie bila bergambo..

 apabila budak-budak meeting

 'saya dah susut sket cikmu', cikmu suka awak 

 anak no. 4 kak azhani

 xtau anak sapa..hihi

 Ust. Mahathir sekeluarga, bini dia pun ngandung

 kakak, besfren anak abg bidi xboleh berenggang..
asal turun makan je nak makan berdua..sgt sweet

 usop junior..main aci ligan dgn pak dia kat dewan makan..hihi

 pipi labuh anak kak aju

 peace ikut cikmu ya

 zainab junior hihi

 kak dora junior


 Aish, Kak Dila junior..sangat bam bam






 irfan, Ridhuan junior
syiok tengo gelagat dia


 Saya Aimi, Abang saya Wiwi
Saya budak Pink sebab mak saya suka sangat kaler pink

 Hairie Junior

 Mujahid En,Bakar




Geram ja kami dengan dak nie..
Masa ni dok men cuk cak dengan dia..
                      Dafi Junior, sapa dapat lawan..hihi




                                                                              Saya suka Taufiq
Mohamad Adam Qayyum

dapat anak-anak sedara yang sihat dan comel
rasa tidak sabar sebenarnya
InsyaAllah sentiasa ada rezeki kami berdua
sabar ye sayangku..
Dia bagi lambat sebab nak bagi yang terbaik untuk kita..

Ya Allah,
Kau permudahkanlah rezeki kami
untuk menimang cahayamata
agar mendapat anak-anak yang soleh dan solehah
Amin

Buat sahabiah ku tersayang Azrina Yahya
yang akan bersalin hari ini secara operation
moga selamat ibu dan anaknya
 Amin
Buat Pn. Hasnani yang tengah sarat..hihi
Rindu kalian

Buat Kamila, 
takziah dari kakmu..
Redha dan bersabar dengan takdirNYA
ada hikmah disebalik apa yang berlaku
Anak mu menunggu di syurga..

Al-Khaliq - Maha Pencipta

 12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

Al-Bari' - Maha Perancang
 13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
 14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.Amin

Sumber :  
http://www.pekanrabu.com/zubir/asmaulhusna.html

Wednesday, July 13, 2011

Maafkan Aku Sayang

       Manusia tidak dapat lari dari membuat kesilapan ,
Merasakan diri yang terbaik,
Kadang ego dan syaitan menguasai diri,
Terbit segala perkara yang negatif
Ya Allah, Kau ampunilah aku.
Bukan niat ini cemburu membuta tuli
ini adalah yang kau kenali
Sebab aku adalah isterimu

InsyaAllah aku mahu lakukan yang terbaik untuk keluargaku..

Jadi ini adalah tips dari Ustazah Bahiyah sebagai panduan untuk diri puan belog dan wanita bergelar isteri yang solehah..

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman

6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. 
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

Sumber :

http://feryco.com/petua-8p-ustazah-siti-nurbahyah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...