Wednesday, April 25, 2012

Promosi l Big REBATE 4 U












save BIG with REBATE
and
FREE ticket to GUANGZHOU

until 30/4/2012 

( 5 hari lagi)
 
Hurry, limited TIME OFFER

 CALL/ SMS :

UMMU
012-5900573


save
ur
money
and 
shape
ur 
body

 
 




Tuesday, April 24, 2012

WW- Premium Beautiful Top Agent










Gorgeous
Rich
Great

Wanna be like Them?
Come And Join Us
Be in My Team
We Built A Dream Come True

UMMU
012-5900573

Diamond Night 2012 I Kejayaan Diraikan Bersama Kumpulan

Hari : Sabtu
Tarikh : 21 April 2012
Tempat : MIECC, Mines


Majlis Diamond Nigt 2012 iaitu penerima Diamond Sales Manager, Double Diamond Manager Dan Car Fund akan diraikan secara besar-besaran. Memang happening dan meriah.. Tambahan pula CDM Hanis Haizi menjadi speaker untuk perkongsian perjalanan bersama Beautiful Bbusiness. Sangat teruja melihat kejayaan-kejayaan mereka..Dan saya akan menjadi seperti mereka jugak..Only Follow Sahaja mereka..nak berjaya mesti ikut orang yang sudah berjaya..

 Seramai 7,000 orang hadir majlis ini..sangat penuh..dengan dressing kalah artis tue...ada duit semua boleh saja..


Diamond Night yang cukup ditunggu oleh semua usahawan-usahawan berjaya


Me with my lovely leader Kak Ajue dan Aimiey
dari bisnes nie langsung tak kenal menjadi rapat dan semangat untuk berjaya


terima kasih sayangku, seniasa menjadi orang kuat ummu untuk berjaya..susah dan senang kita tempuh bersama..cukup memahami isterimu ini..

Ummu kongsikan sedikit kata-kata Hanis di FB nya sentiasa membuatkan semua orang bersemangat untuk bangkit dan berjuang habis-habisan..

i looveee so much tonight's event. the moment ive been waiting since the day one ive step into the business. Thank you so much my mentor n leaders for this opportunity and always be there to support me n guide me. InsyaAllah i will try my best to be the best leader.




Alhamdullilah almost 60 people from my GREEN LEADERS GROUP ambil award last night, ada yang naik 3 kali, 2 kali or sekali.. tak kesah mana2 pun or berapa kali naik. I wish all of you Congratulations!!

I still remembered last year saya cuma bawak less than 10 people untuk terima award. Terima kasih kepada my mentor cdm siti rohana yang bakar saya ketika itu.

For the next event Leaders! Jom kita ...upgradekan lagi pencapaian kita, supply seramai mungkin untuk next diamond night! :D

Yang tak naik pentas, its ok... kita balas dendam next event naik 3 kali terus... baru boleh melarams baju designer okkk :)
Thank you for your support datang n cheer for ur leaders. hari ni kita vaccuum aura orang esok orang pulak sambut kita. :)

I'm so proud of you guys!!
Give it BEST!! Be the BEST person you can be. In the end, the RESULT that matters ;)

                                                                              - CDM Hanis Haizi -


InsyaAllah pulun habis-habisan, mudah sahaja..duplikasi orang yang dah berjaya, insyaAllah hasilnya sama iaitu BERJAYA..kita bersama cipta kejayaan-kejayaan manis itu..Ambil aura dari orang yang berjaya, nanti kita pulak akan diraikan..Amin..moga niat murni kita dimudahkan segala urusan mahu berkongsi dan menolong orang seramai mungkin..


Credit from her blog www.hanishaizi.com


Alhamdulillah, such a beautiful night... Thank you all for your support and love.



The moment that I have been waiting for 3 years...

I really want this since the day I attended my very first Diamond Night Dinner 2009, I was only Sr. Sales Manager at that time..

Deep down inside, saya pasang impian satu hari saya akan berucap di depan.. Alhamdullilah ia menjadi kenyataan!!






Thank you Mr Hubby for standing beside me all the way, he is my mentor in business and in my life.. thru out this journey. Banyak bagi semangat, cabaran dan penguatku. Di kala tiada siapa nak bimbing pada peringkat permulaan, he was there to support me and believe in me!









Business partners yang sentiasa support dan bulat hati, sentiasa menjadi penyejuk jiwaku... and Follow every step of the way!

Together Everyone Achieve More!!






To my most beautiful mentor CDM Siti Rohana dan CDM Azlan, terima kasih tak terhingga hanis ucapkan... Hanya Allah sahaja mampu balas jasa kalian. Mereka berdualah menghulurkan tangan, lalu hanis sambut. Perkenalan di Tokyo menjadi titik permulaan sejarah kejayaan hanis hari ni.. Tanpa canaian dan bimbingan yang sempurna dari mereka ini... mungkin hanis jadi CDM yang biasa sahaja. Thank you mentor, for believe in me. Sentiasa tegur hanis jika hanis tersasar.


Kepada Ayahanda sifu CDM Chan dan Madam Lam, pemimpin ini
Mentor ini hanis anggap seperti Ibu dan bapa hanis sendiri. Sentiasa memberi kata-kata semangat, memberikan facility kepada kumpulan kami, service minda kami. Menjadi tulang belakang kepada group B32. CDM Chan sentiasa berpandangan jauh, kata-kata yang mendalam sometimes boleh menusuk kalbu. Walaupun berlainan bangsa dan agama, tapi beliau tidak pernah berkira ilmu dan wang ringgit.


Syukur padamu ya Allah pertemukan jodoh yang cukup sempurna ini. Mereka tiada galang ganti. :)








Me and my mentor.... sesi tunjuk menunjuk rolex dan chopard.... while kak na Gassan Diamond 121 5 carat! Kerlasss youu






Semua CDM-CDM di B32 memenuhi pentas, yang dibawah pentas 70% from the hall adalah dari group B32 bangun untuk raikan Hanis di pentas. Ini dah jadi budaya di B32



"Give it BEST! Be the BEST person you can be! The end RESULT that matters... "







Bersama founder syarikat - Mr Tan Kai Hee dan penasihat En Kamaruzzaman Yaacob.


Bersama CDM Maisarah in her couture dress from Jovian Mandagie



Teringat dulu 2011 hanya hantar wakil tak sampai 10 orang naik pentas, but this year balas dendam balik, seramai 60award group kami terima..



Tahniah kepada Car Fund Achiever!!! Double Diamond Manager dan Diamond Sales Manager











with part of my beautiful and dynamic team!










The turbanzz girlss... Salha in Rizalman, me in Radzuan Radziwill and Echenta in Rizman Ruzaini













Dress designed by Radzuan Radziwill loveee the dress!! and make up done by Tiar Zainal :)



Thank you to Hafiz Atan and Haziq Saharuddin for the lovely pics!!



*Credit to Creative Lite Box and Tiar Zainal for the photos









Friday, April 20, 2012

Sebelah Jiwaku Kebal

Sebelah Jiwaku - Jaclyn Victor

Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh, oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya aku yang bisa mengubah arah hidup
Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku
Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh, oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula
Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur

Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku
Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa oohh

Kini ku berani lebih berdikari yeah, yeah, yeah
Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku
Bernyawa dengan sebelah jiwaku
Bernyawa dengan sebelah jiwaku
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

kisah  terjadi pagi tadi..
masa mula-mula dengar ja lagu ini hatiku sudah tertarik dengan liriknya
'wah lagu baru nie'.detik dalam hati.
tapi saja buat-buat tidur untuk menghayati.
kemudian suami kuatkan volume radio.
katanya "dengar lagu nie baik-baik"..
Ku hayati dan terus menghayati bait-bait lirik ini.
 hatiku menjadi sangat sebak
perlahan-lahan air mataku jatuh tanpa henti.
mujurlah pakai spek hitam boleh la cover dari suami
tapi boleh lak nangis teresak-esak
cubalah kalian dengarkan lagu ini.
memang menaikkan semangat
orang tak tahu apa yang kita alami dan rasa
orang hanya suka melihat kita jatuh
ayuh kita ubah diri kita dengan mengambil peluang
usah perdulikan cakap orang
apa kita buat kita yang merasainya
buktikan kita boleh bangun dan bangkit 
menjadi diri kita yang lebih kuat.
Perbetulkan niat kita dan bantu seramai  mungkin


be in my TEAM
UMMU
call/sms : 012-5900573
sina.iman84@gmail.com

Wednesday, April 18, 2012

Ilmu l Tafsiran Manusia Berbeza

 Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat kami mendengar Hot.fm berkaitan dengan pandangan kita menafsir seseorang..ada pendengar yang menelefon memberikan pandangan mereka kalau nak mengenal seseorang perlu lihat giginya..lihat sama ada giginya bersih, teratur dan cantik bermakna orang itu menjaga penampilan.tapi bagaimana kalau orang itu tidak ada gigi?hihi nak tergelak jugak kami dua dalam kereta.tengok gigi ye bang?kalau gigi ada siong kan cantik jugak macam hantu vampire kan..
 
 
 
Lagi seorang memanggil memberitahu tengok pada jari kaki samaada terjaga elok atau ada ketuat..kalau rapi orang tue memang bersih la..bagaimana nak tengok kaki kalau pakai kasut?ajak mereka ke surau dapat lah tengok.."wakakaka kalau stokin berbau tak payah tengok pun tidak mengapa.tahu dah jawapannya".hahahaha tergelak lagi kami..
 
 
 
Seorang lagi pemanggil lelaki memberitahu lihat pada tapak tangan perempuan."kalau kasar dan kesat tu menggambarkan orang tue rajin memasak dan rajin membuat kerja rumah".. "habis kalau nak tahu kena salam la.".."berapa banyak dah tangan ang pegang? jawab pemanggil " banyak dah, tangan kiri campur tangan kanan".ayat cover..hahahaha ketawa kami dalam kereta comel..
 
 
 
Macam-macam orang menafsirkan..Tapi yang paling Ummu ingat ialah kalau seseorang tue mengumpat tentang orang lain, sudah semestinya di belakang pun dia mengumpat kita jugak..orang macam ni perlu sangat-sangat kita jauhkan..Manusia macam nie ada sebenarnya.Jadi tak payah layan sangat orang macam tu..kita boleh menilai seseorang tue.Tidak kenal maka tak cinta dan tidak boleh kita tafsir hanya dari melihat sahaja..Jadi ummu sharekan satu artikel berkaitan dengan tafsiran kita sesama kita..

***********************************************************************
 
"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada standard dia. Terer  Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti. 
 
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
 Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.
Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
 
            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

** Artikel dari koleksi penulisan Fatimah Syarha

Terima kasih atas perkongsian yang cukup bernas. Siapa yang belum berkahwin kunjungilah blog sahabat ini agar mendapat inspirasi dalam pemilihan jodoh yang baik..Jom dapatkan buku hasil karangan yang terbaru pada Pesta Buku hujung bulan April ini di PWTC.


P/S : xsabar mahu memiliki novel ini setelah membaca novel "Tautan Hati"



Tuesday, April 17, 2012

WW l Apa Kaitannya?


hihi memang mengamit memori apabila tengok dua benda nie..
tapi sekarang budak-budak zaman moden tak tahu kaitan antara dua benda ini..
ada anak seorang sahabat di opis ummu tanya " apa ni mak ketika dia terjumpa tape "
budak-budak sekarang kenal CD atau DVD ja
 pensil tu digunakan utk memusing kaset tu lagi cepat dan selamat dari rewind/forward kat radio kaset tu
macam ummu dulu tak tahu bagaimana piring hitam berfungsi..
zaman berlalu, umur semakin bertambah 
masa akan datang entah bagaimana kan perubahan teknologi yang semakin maju?

Thursday, April 12, 2012

WW - Jalan-Jalan Cari Makan 1

Hari ini kami berdua jalan-jalan ke Alamanda Putrajaya
 
Alhamdulillah keluar pun setelah mak benar-benar dah sihat
fuh sangat mencabar fizikal dan emosi menjaga orang sakit ni
Allah sayangkan kami semua
diuji sementara  di muka dunia
wah dah jadi lagu lak..hihi

Jalan berpimpinan tangan dengan en.wan
dia cakap dia segan
apa ummu kisah dah kawen ye dak
tak kawen ya takut..
tue yang bestnya kahwin nie
apa nak buat pun tak kisah dah
sapa yang tak kawen lagi cepat2 la kawen
banyak hikmahnya berkahwin ni
 
setelah penat berjalan pusing deretan kedai
kami singgah ke Mc D
sebenarnya kami menunggu anak angkat ummu
walhal baru sabtu lepas ja jumpa
hihi :P
Inilah anak angkatku
budak baik dan sangat bijak



Ahmad Naufal super kiut miut



Naufal dengan mamanya 

Anak sendiri?hihi
on the way


Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesehatan dan keamanan
 

Monday, April 9, 2012

Kemahuan dan Jalannya adalah pilihan kita

Nak Berjaya nak tunggu dulu,
nak berjaya nak tengok kawan berjaya dulu
Nak berjaYa tak bersedia lahh
Husband tak bagi , mak tak bagi... Yadayadaaayadaa

This excuses are full of crap... Yes crap! Kenapa ? Those who hesitate will be lost...

Orang yang nak tengok orang berjaya dulu, pun sampai kesudah tak jadi apa2... From my experience ;)

So anda bagaimana? 
PREMIUM BEAUTIFUL *TOP AGENT.
Cara hilangkan tabiat buruk ialah ambil keputusan, disiplin, dan buang semua alasan


Getting rid of a bad habit cannot happen through prayer alone, but requires willpower, determination and a great effort with sacrifice as well.

When a bad habit is highlighted to us, never feel bad but rather appreciate that someone cares, even if the tone was not ideal.

It is common to hear those drowning in bad habits say, "Pray for me!" Prayer is indeed powerful, but hang on, if YOU are not going to do something about it then how is the prayer alone going to change things.

The Almighty Himself has said that we must work hard towards achieving whatever is beneficial for us. This means together with prayer BE STRONG!

Come on... kick that bad habit now! You can!
Prof Dr Muhaya www.drmuhaya.com
about



"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba...
datang tidak menentu masa...
datang disaat kita kesempitan atau kesusahan.

Nilailah peluang itu dengan cara yang bijaksana.
Rebutlah peluang yang besar itu,
 kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.
 Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!"
 - Prof. Dr. Hamka


bE iN mY TEAM
To Get More Than You Imagine
Trust ME If you Think BIG u can get BIG

UMMU
012-5900573

Wednesday, April 4, 2012

Kisah Kita l Fenomena HARGA NAIK

 Kisah Pertama




Masuknya detik 12.01 pagi 4 April 2012 harga minyak Ron 97 naik lagi menjadi RM2.90 seliter..
naik lagi..biasa Ron 97 orang-orang kaya dan orang atasan yang suka pakai.Pastu claim balik dekat company..huhu bagaimana dengan orang bawahan dah la gaji kecil.tidak percaya lepas nie harga barang keperluan semua akan naik..tunggulah...makin mengecil la kami..barang harian memang la akan naik walaupun hanya Ron97 sahaja yang naik..macam ummu biasa guna Ron 95 ja..walaupun begitu, dengan peningkatan harga minyak sedunia mempengaruhi harga barang harian kita..sampai bila akan naik?

 Kisah Kedua

Bayar hutang sampai mati




                    HARGA rumah di bandar raya Kuala Lumpur sekarang dianggap menakutkan. Kondominium One Menerung di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit. Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000.Dengan harga yang begitu tinggi, ia bukan lagi merupakan rumah mampu milik khususnya bagi warga kota berpendapatan sederhana iaitu kira-kira RM6,000 sebulan.Malangnya, bukan ibu negara sahaja yang mengalami kenaikan melambung harga rumah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. 

                  Malah, kawasan pinggir Lembah Klang seperti Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan Klang menunjukkan trend yang sama. Tinjauan Jurnal di beberapa lokasi seperti Semenyih mendapati harga rumah teres baharu dengan keluasan 24x70 kaki (7x21 meter) kini mencecah harga RM460,000.
Di Kajang, rumah bersaiz 22x70 kaki berharga RM510,000, Rawang RM288,000 (20x65 kaki), Sungai Buloh RM398,000 (22x75 kaki) dan Klang RM335,000 (24x75 kaki).

                    Pada umumnya, rumah teres sering menjadi pilihan golongan berpendapatan sederhana kerana saiznya lebih luas serta memiliki laman dan tempat letak kereta yang mesra pengguna.Malangnya, masih ada satu lagi berita buruk iaitu rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020.Ini berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn. Bhd. (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaharu rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah.

                      Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan bahawa harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang. “Harga rumah di negara ini akan terus berkembang walaupun berlaku krisis ekonomi,” katanya. Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur.

Pendapatan

HARGA rumah teres di Lembah Klang akan meningkat sekali ganda menjelang tahun 2020.




Beliau memberi contoh rumah teres di Taman Tun Dr. Ismail yang kini bernilai RM1.5 juta bakal mencapai harga RM3 juta dalam tempoh lapan tahun lagi.
“Untuk memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020 sekurang-kurangnya sebuah isi rumah perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan.
“Secara purata pendapatan isi rumah sekarang ialah RM6,000 bagi golongan pertengahan. Jika harga rumah naik sekali ganda maka pendapatan isi rumah harus meningkat seiring dengan harga rumah,” terang beliau.
Membeli rumah berharga RM500,000 dengan pendapatan bulanan RM6,000 bukanlah satu tindakan bijak.
Menurut kiraan seorang pegawai bank, andaikan si pembeli meminjam RM400,000 sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun.
Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun.
Jika tidak bernasib baik, peminjam tadi mungkin meninggal dunia terlebih dahulu sebelum sempat melangsaikan hutang rumahnya.
Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang?
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kuala Lumpur, NK Tong berkata, pelbagai faktor menyebabkan kenaikan harga hartanah termasuk pengumuman kerajaan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) yang menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang.
“Dengan kemudahan seperti MRT, orang ramai akan mula keluar dari pusat bandar dan bertumpu ke kawasan pinggir Lembah Klang. Sehubungan itu permintaan terhadap rumah akan meningkat,” hujah beliau.
Menabung

JIKA ingin memiliki rumah idaman, belilah pada hari ia dilancarkan kerana harganya pasti meningkat selepas itu.




Tambah Tong lagi, konsep bina dan jual yang suatu ketika dahulu hangat diperkatakan diramal dilaksanakan pada tahun 2015 dan ia pasti meningkatkan harga rumah.
“Jika konsep itu dilaksanakan, pihak pemaju akan mengehadkan jumlah rumah yang dibina dan ini mengakibatkan terjadi situasi permintaan melebihi penawaran,” jelasnya yang tidak menolak spekulasi turut memainkan peranan rumah dijual pada harga yang lebih tinggi daripada nilai sebenar.
Dalam situasi ini pasangan muda yang ingin memiliki sebuah rumah idaman pada masa hadapan disaran supaya menanam tabiat menabung sekurang-kurang 10 peratus daripada jumlah pendapatan isi rumah.
Mentor kewangan, Azizi Ali berkata, senario sekarang menunjukkan kebanyakan pasangan muda bersikap sebaliknya. Mereka membelanjakan kesemua wang pendapatan dengan harapan akan ada lebihan untuk dijadikan simpanan.
Katanya, apabila menabung dulu sebanyak 10 peratus, pasangan masih mempunyai 90 peratus daripada jumlah pendapatan manakala jumlah hutang tidak boleh melebihi 40 peratus pendapatan.
“Jumlah bayaran untuk kereta tidak patut melebihi 10 peratus atau maksimum 15 peratus,” katanya.
Jelasnya, trend pasangan muda sekarang adalah mereka lebih cenderung memiliki kereta mewah hingga membebankan hutang isi rumah.

KEMUDAHAN pengangkutan awam merupakan salah satu faktor harga hartanah meningkat.




“Kita tidak sepatutnya menjadi hamba kepada hutang sendiri dan terpaksa bekerja keras semata-mata untuk melunaskan hutang,” katanya.
Bagaimanapun, kenaikan harga rumah mungkin memberi kebaikan kepada pemilik kediaman sedia ada.
Penjawat awam, Ariffin Ahmad, 30, memberitahu beliau membeli sebuah rumah teres dua tingkat pada penghujung tahun 2009 pada harga RM167,000.
“Tidak sampai setahun saya dan keluarga menetap di kawasan itu, harga rumah saya meningkat hampir sekali ganda menjadi RM288,000.
“Membeli rumah adalah satu pelaburan yang baik untuk jangka masa panjang tetapi saya lihat kini harga rumah yang ditawarkan semakin mahal menyebabkan ramai orang tidak mampu membelinya. Jika ada pun, pasti lokasinya di luar Kuala Lumpur,” katanya.

Sumber : kosmo online
 
********************************************************************************************

Jadi apa tindakan kita sekarang?Adakah hanya menunggu bulan jatuh ke riba tidak pun menunggu subsidi kerajaan nak bagi..tambahan orang melayu sekarang mesti berubah..UBAH MENTALITI..mahu hidup senang dengan cara yang senang..Rezeki kita sangat luas.tetapi 9/10 punca rezeki adalah dari BERNIAGA. Tengok orang cina bagaimana boleh berjaya dalam perniagaannya.Kita pun boleh buat, BELAJAR dari orang yang sudah berjaya.

Dengan Syarikat yang KUKUH

20 tahun dalam pasaran dam menerima pengiktirafan pelbagai pihak


Produk yang sangat HEBAT dan TERBAIK



MENTOR yang telah terbukti BERJAYA dan JUTAWAN

bukan calang-calang orang boleh masuk majalah PERSONAL MONEY

LEADER yang banyak memberi INSPIRASI 


GROUP yang mantap

baru separuh group CDM HANIS HAIZI



sudah semestinya DIRI KITA SENDIRI

saya sudah bermula
bagaimana dengan anda?

Ayuh, mulakan langkah anda yang pertama 
yang akan mengubah seluruh hidup anda

JOIN ME AS MY TEAM ^_^

UMMU
012-5900573










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...