Showing posts with label Catatan Ummu. Show all posts
Showing posts with label Catatan Ummu. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Kisah Benar 1 : Perubahan yang Nyata Berbeza

Khas buat mak saudara yang amat kami semua sayangi, Pn. Norosamin bin Kassim.

Terima kasih atas segalanya. Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunanganmu. Maaf tidak dapat balik. Insha Allah kenduri awal bulan dua ni ummu balik. Terima kasih atas segala jasa baikmu, tidak terbalas dengan apapun. Banyak tolong kami adik beradik dari kecil sampai besar. Selalu minta tolong macam-macam dan bersabar dengan karenah kami adik beradik. Nak taip ini pun rasa macam sebak. Dah jadi macam mak kami dah, terima kasih tumpangkan kasih sayang untuk kami semua. Love U so much. InsyaAllah kami sentiasa ingat jasa-jasa kalian.

3 of us, salmah tidak masuk kerana malu ^_- (dia tidak menutup muka sepenuhnya)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Apa yang ummu nak kongsikan di sini testimoni sendiri dari mak saudara ummu ni. Jom tengok gambar masa dulu-dulu yang sangat berbeza dengan sekarang. Mak saudara ummu a.k.a Cikgu Min mengajar di sekolah rendah di Padang Besar. Siapa yang mengenali dia memang sangat suka dengan personaliti dia. Ramah dan baik hati.


gambar dicedok dari FB

Ummu balik raya haji tahun lepas dia tanyakan mengenai Premium Beautiful yang Ummu jualkan. Apa lagi laju ja Ummu buka dan terangkan, siap ukur dan pakaikan untuk dapatkan saiz Premium Beautiful yang sesuai.


Alhamdulillah berkat pemakaian yang konsisten berjaya mengubah penampilan yang nyata sangat berbeza. Nak tengok gambar yang terbaru.hihi sangat anggun jelita. Ini gambar sempena majlis pertunangannya. Setelah solo 16 tahun akhirnya bertemu jodoh hasil kenalan rakan sekolahnya.


Ingat lagi apa yang diberitahu kepada ummu, anaknya bagitau " mak dah pakai Preium Beautiful jumpa ayah baru". Itulah jodoh sebenarnya. Sungguh indahkan perjalanan hidup kita ini.


Hasil pemakaian yang konsisten





 




Tahniah dari Ummu


Jadi siapa yang nak lebih lanjut mengenai Premium Beautiful  atau apa sahaja boleh hubungi :

Ummu 012-5900 573

Norosamin - 012-4610 445

Shima - 019 - 444 4487

Najihah - 013-232 5655

Yati - 013 - 4036 047

Ana -  013 - 9702 690

WE are from GLAM Entrepeneur

Tuesday, December 18, 2012

Ku RIndu Saat-saat Itu


Ku rindukan saat-saat itu,
Makan bersama,
Bila kita meraikan kelahiran kawan kita,
semestinya akan ada kejutan buat empunya diri
Kek Secret Recipe diseludup dan makanan dibawa ikut tingkap.
Kadang kala kita buat jamuan dan potluck beramai-ramai
Yang pastinya dapat dikongsikan dengan ramai
Indah kan saat-saat itu. 






 Ku rindukan saat-saat itu,
 Kita keluar bersama, 
 Keluar untuk shopping kalau ada kelapangan masa
 Menerjah IKEA, Jalan TAR yang menanti kita untuk menghabiskan duit
 Seronok bila boleh berjalan bersama
 Indahkan saat-saat itu



 Ku rindukan saat-saat itu,
Rehat secara berjemaah a.k.a tidur 
Setiap kali jumaat sekiranya tidak keluar kita kan tidur dalam bilik kita
Buka air-cond, tutup langsir, kalau boleh biar gelap gelita
Akhirnya tidur nyenyak hingga habis waktu rehat
Indahkan saat-saat itu




Ku rindukan saat-saat itu
Kita bergotong-royong bersama-sama
Clearkan kertas-kertas untuk dilupuskan
Kemaskan bilik kebal yang nyata kebal
Sampaikan ada yang duduk bersila hingga kebas kaki
Indahkan saat-saat itu


Saat yang membuatkan kita menjadi sangat rapat
Saat yang membuatkan aku terkenang kembali
Saat yang menitis air mata bersama-sama
Saat-saat bergaduh manja
4 tahun menyemai kasih bersama,
ianya mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.

Yang pasti ukhwah kita  KEKAL HINGGA KE SYURGA dan aku amat menyayangi KALIAN

Halalkan segala makan minumku ketika di Unit Kewangan Dan Perolehan, Segala tunjur Ajar yang Tiada Henti..LOVE u ALL

Tiada yang dapat pisahkan kita bersama

ALLAH tahu yang TERBAIK untuk kita semua.

 




Wednesday, December 12, 2012

12.12.2012



Ianya sekadar tarikh.

Baca surat khabar METRO semalam ramai nak kahwin pada tarikh ini di Hong Kong dan Singapura. Kepercayaan mereka terlalu tinggi pada nombor. Mujur tarikh ini bukan hujung minggu, kalau tidak mungkin penuh undangan perkahwinan di Malaysia jugak.

10.10.2010 Saya kahwin ^___^

11.11.2011 Birthday saya ke 27 tahun

12.12.2012 ?

Tarikh berlalu begitu sahaja, Begitu jugak masa. Sangat pantas berlalu. Bagaimana tahap diri kita, biasa sahaja atau sentiasa ada keinginan untuk lakukan yang terbaik? tanya pada diri kita sendiri.

Bagi ummu bulan Disember 2012 banyak perubahan berlaku, mana nak tahu ada rezeki selepas ini.
Ummu akan ceritakan pasal kerja baru Ummu, Bengkel yang telah dihadiri awal bulan Disember, dan semalam bengkel bersama Tn Hj. Aznil Nawawi yang lebih dikenali sebagai Pak Nil. Dengan siapa Ummu cukup teruja sekali mahu berjumpa, akhirnya bulan ini jugak ummu dapat jumpa dengan seorang insan yang sangat hebat. Semalam jugak merupakan Ulangtahun Kelahiran En. Wan ke 28 tahun. Ummu akan ceritakan satu-satu buat kalian.

Sentiasa ada idea nak update namun kekangan masa membatasi segalanya. 

Kita bukan keseorangan dalam menghadapi segala rencah kehidupan ini.


Masa ialah EMAS, ianya sangat berharga. Berpesan-pesan dengan kebaikan. Itu jugak yang ummu nak sharekan moga blog ini memberi inspirasi dan kita buka minda kita bersama-sama menuju keredhaanNYA.

Tuesday, November 6, 2012

Aku Redha, Sudah itu ketentuanNYA



Hatiku berkecamuk, sedih, nak marah tapi lebih marah diri sendiri

Aku tak salahkan orang lain tetapi kenapa perlu aku ?

Salah aku sebenarnya, maafkan aku kalian.








 Tidak perlu ambil masa yang terlalu lama untuk berfikir, fikir salah diri sendiri sahaja. itu yang sebaiknya. Kalau aku menidakkannya tetap balik pada aku sendiri. So better redha ja lebih baik.







 ini yang aku pegang, insyaAllah ada yang TERBAIK untukku selepas ini




 Ya Allah aku memohon Engkau ajarkanlah ku erti IKHLAS 
agar aku belajar untuk sentiasa REDHA
dengan setiap ketentuan yang telah Engkau tetapkan dalam
perjalanan hidupku.
Mungkin ini bukan tempatku
tetapi siapa tahu selepas ini
Dia atur segalanya buat kita



 Aku tidak mahu menjadi tua hanya kerana ini



baiki diri dan muhasabah itu yang sebaiknya.
Sentiasa upgrade diri
kadang apa yang terjadi semuanya ada hikmah
Kalau orang tanya Alhamdulillah pesan kak Fizah ( PPLI)
Wanita yang aku kagum dengan dirinya.
Ikhlas dari hati.


Apa yang perlu aku lakukan ialah SENYUM.

 Tak perlu kata apa-apa




Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Yang Cukup Bermakna


Ramadhan kareem!!! (jwbnye adalah Allahu Akram)

Alhamdulillah...bertemu lagi kita dengan bulan ramadhan. Bersyukurlah dan brgembiralah kerana kita telah dipilih oleh Allah untuk bertemu kembali dengan bulan yang mulia ini.

So, apelagi??...marilah kita berazam untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas.

Bnykkan beramal soleh, bersedekah,mentadabbur dan membaca al-Quran...insyaAllah...sedikit sebanyak amalan kita di bulan puasa ini dapat menjadikn kita insan yang lebih bertakwa.

Selamat menempuh bulan Ramadhan ini dengan jayanya dan graduate dgn sgulung ijazah takwa ^^,


Ummu berazam laksanakan 7 perkara untuk Ramadhan kali ini.
Perkongsian dari seorang mantan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz ketika tazkirah yang diadakan di IKIM baru-baru ini.

moga-moga diterima segala amal ibadah kita ^_^

1. Membaca Al-Quran, tengok dan fahami maknanya 

2. Banyakkan amalan-amalan sunat

3. Infaq


4. Menjaga siratulrahim
~ cara paling senang bertukar-tukar hidangan dengan jiran tetangga.

5. Taubat dan istigfar
~ banyak dosa yang telah kita lakukan seharian.

6. Doa bukan untuk diri sendiri sahaja bahkan buat umat Islam yang kian tertindas


7. Niat mahu mengerjakan umrah Ramadhan..
~amin moga dapat dilaksanakan tahun hadapan





Ramadhan bulan mendidik hati dan jiwa kita..
Jika bulan Ramadhan kita belajar menjaga semua anggota dari melakukan maksiat..pastinya juga kita boleh lakukan nya di masa-masa yang lain.:)

Ramadhan itu mendidik..
Jangan jadikan Ramadhan itu sia-sia.


 Kita kejar pahala yang berganda di bulan yang mulia ini.Mai sama-sama kita upgrade agar Ramadhan kali ini lebih berkualiti..Amin..

Thursday, June 14, 2012

Terima Kasih dan Tahniah KEpada Anda

Alhamdulillah dan TAHNIA

kepada yang telah mendapatkan PREMIUM BEAUTIFUL dengan ummu. 



Ummu akan bagi gift siapa yang telah membeli dengan ummu. 
 Ada yang mahu shape dan curve badan kerana sekian lama ke Slimming Centre masih belum kurus, ada yang mahu kerana menghidapi buasir dan sakit pinggang dan sebagainya

Sayang anda semua. Terima kasih atas kepercayaan anda kepada Ummu.Ummu akan jaga anda sebaik mungkin. 

Hanya sebulan Ummu berjaya menjual 10 set..Fuhh rasa macam tak percaya ummu dapat realisasikannya.

Tetapi ummu bukan hanya menjual sahaja.
Sebab Ummu ada IMPIAN BESAR untuk dicapai

Dengan hanya 10 Set sahaja seumur hidup anda akan dapat hasil yang sangat menakjubkan. 
Ianya terjadi dalam hidup ummu.

10 set seumur hidup??

 Iya, kenapa tak percaya?


sangat senang bila hanya ONLINE sahaja

by FB dan BLOG 

semestinya perintis 
TOP AGENT PREMIUM BEAUTIFUL


Call Me How to make ur life Totally Change

012-5900573

sapa nak whatsap pun boleh..hihi


Wednesday, April 18, 2012

Ilmu l Tafsiran Manusia Berbeza

 Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat kami mendengar Hot.fm berkaitan dengan pandangan kita menafsir seseorang..ada pendengar yang menelefon memberikan pandangan mereka kalau nak mengenal seseorang perlu lihat giginya..lihat sama ada giginya bersih, teratur dan cantik bermakna orang itu menjaga penampilan.tapi bagaimana kalau orang itu tidak ada gigi?hihi nak tergelak jugak kami dua dalam kereta.tengok gigi ye bang?kalau gigi ada siong kan cantik jugak macam hantu vampire kan..
 
 
 
Lagi seorang memanggil memberitahu tengok pada jari kaki samaada terjaga elok atau ada ketuat..kalau rapi orang tue memang bersih la..bagaimana nak tengok kaki kalau pakai kasut?ajak mereka ke surau dapat lah tengok.."wakakaka kalau stokin berbau tak payah tengok pun tidak mengapa.tahu dah jawapannya".hahahaha tergelak lagi kami..
 
 
 
Seorang lagi pemanggil lelaki memberitahu lihat pada tapak tangan perempuan."kalau kasar dan kesat tu menggambarkan orang tue rajin memasak dan rajin membuat kerja rumah".. "habis kalau nak tahu kena salam la.".."berapa banyak dah tangan ang pegang? jawab pemanggil " banyak dah, tangan kiri campur tangan kanan".ayat cover..hahahaha ketawa kami dalam kereta comel..
 
 
 
Macam-macam orang menafsirkan..Tapi yang paling Ummu ingat ialah kalau seseorang tue mengumpat tentang orang lain, sudah semestinya di belakang pun dia mengumpat kita jugak..orang macam ni perlu sangat-sangat kita jauhkan..Manusia macam nie ada sebenarnya.Jadi tak payah layan sangat orang macam tu..kita boleh menilai seseorang tue.Tidak kenal maka tak cinta dan tidak boleh kita tafsir hanya dari melihat sahaja..Jadi ummu sharekan satu artikel berkaitan dengan tafsiran kita sesama kita..

***********************************************************************
 
"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada standard dia. Terer  Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti. 
 
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
 Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.
Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
 
            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

** Artikel dari koleksi penulisan Fatimah Syarha

Terima kasih atas perkongsian yang cukup bernas. Siapa yang belum berkahwin kunjungilah blog sahabat ini agar mendapat inspirasi dalam pemilihan jodoh yang baik..Jom dapatkan buku hasil karangan yang terbaru pada Pesta Buku hujung bulan April ini di PWTC.


P/S : xsabar mahu memiliki novel ini setelah membaca novel "Tautan Hati"



Thursday, April 12, 2012

WW - Jalan-Jalan Cari Makan 1

Hari ini kami berdua jalan-jalan ke Alamanda Putrajaya
 
Alhamdulillah keluar pun setelah mak benar-benar dah sihat
fuh sangat mencabar fizikal dan emosi menjaga orang sakit ni
Allah sayangkan kami semua
diuji sementara  di muka dunia
wah dah jadi lagu lak..hihi

Jalan berpimpinan tangan dengan en.wan
dia cakap dia segan
apa ummu kisah dah kawen ye dak
tak kawen ya takut..
tue yang bestnya kahwin nie
apa nak buat pun tak kisah dah
sapa yang tak kawen lagi cepat2 la kawen
banyak hikmahnya berkahwin ni
 
setelah penat berjalan pusing deretan kedai
kami singgah ke Mc D
sebenarnya kami menunggu anak angkat ummu
walhal baru sabtu lepas ja jumpa
hihi :P
Inilah anak angkatku
budak baik dan sangat bijak



Ahmad Naufal super kiut miut



Naufal dengan mamanya 

Anak sendiri?hihi
on the way


Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesehatan dan keamanan
 

Friday, March 23, 2012

Nisa Gombak l Santai Bowling Bersama Heliza dan Irma Hasmie

Venue: Santai Bowling Nisa' Gombak
Tempat : Flamingo Ampang
Tarikh : 17.03.2012 (Sabtu)
Anjuran : Nisa' Gombak
 
 Tahniah buat Nisa' Gombak kerana telah menganjurkan satu pertandingan yang santai namun membuatkan peserta seronok.Tambahan pula dengan kehadiran Ikon Muslimah Belia masa kini iaitu Heliza Helmi dan Irma Hasmie.Peserta berpeluang untuk bergambar dan mengambil gambar bersama artis kesayangan mereka.Mereka berdua pun sangat sporting melayan karenah peserta..


Group Ummu- me, Kak Feeda, Heliza,Kak Lili dan Kak Niza



  Ummu memang sangat meminati dak Heliza nie..entah berapa kali ummu bergambar dengan dia.dalam laptop penuh dengan gambar dia..wakaka..Sampai suami pun naik hairan, gambar dia pun tak banyak macam tue..hehe


Me with Heliza Helmi yang gila-gila orangnya bukan gila okeyy haha
 
 me with Irma Hasmie- dia baru ja selesai rancangan "Assalamualaikum" di TV Al-Hijrah berdesup ke mari

 semasa majlis Perasmian yang sangat santai

 Ikon Artis Muslimah Belia Kini

 Semua pemain bowling yang sangat sporting

 AJK Nisa' Gombak

sebab dia sangat comel dan baik

sweet2..
 
tengok sangat-sangat comel Aisyah Sofea dengan Cik Ummu yang jugak comell..


ok cukup-cukup sudah..
haha nak letak banyak kang penuh gambar ja ^_^

Wednesday, February 22, 2012

D.I.Y - Bunga-Bunga InspirasiKu


Tengah membuat satu projek khas sebenarnya
mendapat ilham dari blog di atas
nanti lah dah siap baru poskan ke sini..
ummu sangat suka "mengeraskan tangan" 
walaupun 
tangan lembut sahaja..
idea datang mencurah-curah tapi
kalau tiada tindakan pasti tak buat jugak..
hihi selalu ummu macam tue..
ada sahaja nak buat,
simpan segala bagai benda yang comel dan boleh dijadikan kenangan
tapi last2 ummu buang jugak.
sekarang apa yang ummu nak buat ummu simpan dalam satu kotak
bila ada masa terluang boleh buat
jadikan sampai jadi
sekarang tengah plan mahu membuat frame
dah siap 50%
tinggal nak lekat bunganya sahaja
sekiranya anda juga ada idea
mulakan segera selagi berpeluang
 dah siap nanti ummu poskan kemudian ya

Ummu sangat suka kepada SENI KRAF
Anda pun mesti pencinta seni kan?
 Kongsi dengan saya sama 
apa minat anda pada SENI..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...