Wednesday, April 18, 2012

Ilmu l Tafsiran Manusia Berbeza

 Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat kami mendengar Hot.fm berkaitan dengan pandangan kita menafsir seseorang..ada pendengar yang menelefon memberikan pandangan mereka kalau nak mengenal seseorang perlu lihat giginya..lihat sama ada giginya bersih, teratur dan cantik bermakna orang itu menjaga penampilan.tapi bagaimana kalau orang itu tidak ada gigi?hihi nak tergelak jugak kami dua dalam kereta.tengok gigi ye bang?kalau gigi ada siong kan cantik jugak macam hantu vampire kan..
 
 
 
Lagi seorang memanggil memberitahu tengok pada jari kaki samaada terjaga elok atau ada ketuat..kalau rapi orang tue memang bersih la..bagaimana nak tengok kaki kalau pakai kasut?ajak mereka ke surau dapat lah tengok.."wakakaka kalau stokin berbau tak payah tengok pun tidak mengapa.tahu dah jawapannya".hahahaha tergelak lagi kami..
 
 
 
Seorang lagi pemanggil lelaki memberitahu lihat pada tapak tangan perempuan."kalau kasar dan kesat tu menggambarkan orang tue rajin memasak dan rajin membuat kerja rumah".. "habis kalau nak tahu kena salam la.".."berapa banyak dah tangan ang pegang? jawab pemanggil " banyak dah, tangan kiri campur tangan kanan".ayat cover..hahahaha ketawa kami dalam kereta comel..
 
 
 
Macam-macam orang menafsirkan..Tapi yang paling Ummu ingat ialah kalau seseorang tue mengumpat tentang orang lain, sudah semestinya di belakang pun dia mengumpat kita jugak..orang macam ni perlu sangat-sangat kita jauhkan..Manusia macam nie ada sebenarnya.Jadi tak payah layan sangat orang macam tu..kita boleh menilai seseorang tue.Tidak kenal maka tak cinta dan tidak boleh kita tafsir hanya dari melihat sahaja..Jadi ummu sharekan satu artikel berkaitan dengan tafsiran kita sesama kita..

***********************************************************************
 
"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada standard dia. Terer  Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti. 
 
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
 Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.
Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
 
            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

** Artikel dari koleksi penulisan Fatimah Syarha

Terima kasih atas perkongsian yang cukup bernas. Siapa yang belum berkahwin kunjungilah blog sahabat ini agar mendapat inspirasi dalam pemilihan jodoh yang baik..Jom dapatkan buku hasil karangan yang terbaru pada Pesta Buku hujung bulan April ini di PWTC.


P/S : xsabar mahu memiliki novel ini setelah membaca novel "Tautan Hati"



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...