Thursday, March 29, 2012

Tazkirah l Sayangnya Rasullullah s.a.w dengan kita

Salam jumaat buat pembaca blog ummu yang dikasihi Allah.
sempena hari yang mulia ini, ummu akan sharekan kisah-kisah Nabi yang amat kita cintai
semoga ingatan kita buat pemimpin yang agung serta disanjungi , kekasih Allah
sentiasa terpahat dalam hati sanubari kita.
 Banyakkan selawat buat baginda.kita adalah umat baginda
Suami Ummu ada beli 1 buku biografi Nabi Muhammad SAW keluaran MustRead..

dapatkan di pasaran.
memang tidak rugi bila kita dapat mengetahui kehidupan baginda

SubhanAllah, Rasulullah Merindui Kita..:'(.. Adakah Kita Merindui Rasulullah S.A.W?

by Heliza Helmi on Tuesday, 19 April 2011 at 03:02 ·
 
Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " 
Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

kitalah umat yang disebut oleh baginda Rasulluh s.a.w itu..
jadi apa tindakan kita?
 muhasabah diri kita.
betapa sayangnya RAsullullah s.a.w dengan kita..
kita MESTI membalasnya dengan banyakkan selawat..
memahami dan membaca Al-Quran
kita mesti iri hati dengan orang yang berjaya menghafal dan beramal bersungguh dengan Al-Quran. Subhanallah, terima kasih atas perkongsian ini.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...