Wednesday, July 13, 2011

Maafkan Aku Sayang

       Manusia tidak dapat lari dari membuat kesilapan ,
Merasakan diri yang terbaik,
Kadang ego dan syaitan menguasai diri,
Terbit segala perkara yang negatif
Ya Allah, Kau ampunilah aku.
Bukan niat ini cemburu membuta tuli
ini adalah yang kau kenali
Sebab aku adalah isterimu

InsyaAllah aku mahu lakukan yang terbaik untuk keluargaku..

Jadi ini adalah tips dari Ustazah Bahiyah sebagai panduan untuk diri puan belog dan wanita bergelar isteri yang solehah..

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2. Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3. P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4. ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5. Ustazah Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman

6. Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. 
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

Sumber :

http://feryco.com/petua-8p-ustazah-siti-nurbahyah

2 comments:

Hani said...

salam...ummu...thnx atas tips2 rumahtangga tu..
emmm cemburu kan normal bagi wanita, para isteri Nabi s.a.w pun saling cemburu kan...
tapi cemburu ni sebenarnya nikmat indah yang tersembunyi andai dipandu keimanan. kan..

budakbaik said...

sama-sama Hani..
Itulah sebenarnya ada hikmah disebaliknya..
Cuma bagaimana cara kita nak mengawalnya..
Hani pun syer sama tips untuk Ummu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...