Monday, September 26, 2011

Bisakah kita menjadi Ainul Mardhiah?

Kisah Ainul Mardhiah "Mata Yg Diredhai"







Ainul Mardhiah

Artist: U.N.I.C
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga

Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri

Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah

Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

Di hati lelaki bernama kekasih ( 3X )


"Bidadari Tercantik Syurga"

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain .Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah
ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
Waallahua'alam..

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yangmenjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Nota Kaki : Mampukah kita menjadi seperti Ainul Mardhiah, bidadari yang teragung untuk suami kita? Tepuk Dada Tanya IMAN..^_^

Sumber 

Wednesday, September 14, 2011

ww 3 - Gajet Baru

bukan rancangan kat TV tu ya..
Ini adalah pengenalan dari saya..

 bukan yang ini, ini hanya gimik sahaja..

Laptop INSPIRON 14 (N4050)
Alhamdulillah reZeki kami berdua..
Moga dengan adanya gajet ini mampu
1. berkongsi dan bertambah ilmu dengan sebaik mungkin
2.penyebaran ilmu yang bermanfaat
3.menjana pendapatan sampingan

Amin,
Terima kasih
khas buat
suamiku yang disayangi

Tuesday, September 13, 2011

Muslimah Korea..






Terkena juga sebenarnya pada batang hidung..kadang terlalu obses nak tengok sampai lalai dan bazirkan terlalu banyak masa.. Tambah drama yang ada 16 cd sanggup ngadap tu walaupun sampai ke tengah malam. dasyat tak dasyat sangat la..tapi tu dulu la..
lani takda masa dah nak tengok dan jenguk cerita-cerita yang terbaru kat 
mysoju atau dramacrazy.net
hihi tambahan pula ada siaran Astro 391 KBS World..tekan jelah..
sampai digelar "hantu Korea" oleh suami walhal kalau tidak ada sarikata memang tak tengok la melainkan hero dan heroin yang cun layan jugak.
 Tapi bukan sekadar cerita Korea sahaja sebenarnya. cerita dari Barat, Sepanyol dan lain-lain perlu juga kita ambil kira.

Dari segi kebaikannya mungkin kita boleh mempelajari sesuatu budaya, bahasa serta tempat-tempat perlancongan yang cukup cantik ciptaan Allah tapi kesannya lebih banyak buruk dari baiknya. Apa yan buruknya bazirkan masa yang terlalu lama, pandangan yang tidak terjaga (kalo dah masing-masing tak cukup kain dalam pemakaian mereka), hilang sifat malu sampai terlalu obses dan fanatik.
 
KESIMPULAN YANG KITA KENA AMBIL KIRA

Saya lebih cenderung mengajak kita mengambil sikap pertengahan. Kerana itu saya tidak mahu mengatakan haram dan haram semata-mata, tanpa meraikan fitrah dan keperluan insan. 
Kalau mahu menonton, tontonlah sekadarnya sahaja.

Sekadar mahu menghilangkan tension. Sekadar mahu mengalih perhatian. 
Sekadar mahu menghilangkan bosan. Sekadar mahu menghiburkan hati.

Tetapi kalau berhari-hari, berminggu-minggu hanya itu yang dihadap, itu ‘sekadarnya’ kah?
Bukan semua cerita Korea itu bersambung episod, ada juga yang dibuat dalam satu cerita pendek sahaja, tetapi yang terfokus di sini adalah drama Korea yang berjela-jela panjangnya, sehingga anda tidak bisa menonton sekadar setengah atau satu jam. Itu bukan lagi termasuk dalam kategori harus, bahkan boleh sampai tahap makruh atau haram kepada melibatkan kelalaian hati dan pembaziran masa tanpa keperluan.

Maka berwaspadalah. Isu ini perlu dijadikan teguran dan ‘kempen’, bukan serangan dan hukuman. Mereka yang terlibat mungkin tidak sedar dan mungkin juga sedar, tetapi sedang berusaha melawan keobsesan mereka sendiri.

Pesan pada mereka ; kalau anda tidak dapat menahan hati dengan hanya melihat satu episod, maka jalan terbaik adalah jangan tonton walaupun satu episod. Mencegah itu, sesungguhnya jauh lebih baik dan selamat.

Satu masa nanti akan sampai jua ke sana..hehe 

P/S : Sufini, kakmu amik gambar dari FB ang..

Tuesday, September 6, 2011

WW 2 - FIKIR SECARA POSITIF

Bersihkan HATI ,
Jernihkan FIKIR,
Indahkan SIKAP.

Puasa Enam Hari





Alhamdulillah, bermula dari semalam saya meneruskan 
puasa enam hari selepas dari bulan Ramadhan..
Moga saya dapat laksanakannya sebaik mungkin..
hihi bukan apa banyak dugaan di bulan Syawal ini..
makanan di hadapan mata.
orang dok pelawa makan pun ramai..hihi

Terima kasih Ya Allah 
kerana telah diberi nikmat yang tidak terhingga masih berkesempatan untuk menunaikan ibadah ini..
aku bersyukur padaMu..
 Salam Aidilfitri buat semua..

*************************************************

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun. (Hadis riwayat Muslim).
Hadis ini menjadi hujah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.
Hikmah Dari Segi Kesihatan
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri.
Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem pencernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan.
Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan.
Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak.
Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Konsisten
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari.
Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya.
Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?
Puasa Enam dan Puasa Ganti
Persoalan puasa qada dan puasa enam di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal.
Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?
Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada di bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu.
Ini adalah kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
Kebanyakan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya.
Di dalam kitab As-Syarqawi 'Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.
Namun, pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya sekali.
Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekali gus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid.
Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.
Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT.
Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha Tuhannya.

 sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...