Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Rahsia Hanis Haizi jana income 6angka sebulan?

Kredit from My Mentor.

Nak Berjaya mesti FOLLOW orang yang dah BERJAYA ( hanya duplikasi sahaja)

*************************************************************************

 
Ramai Tanya Hanis Tips untuk berjaya, actually takde special tips yang pelik2.. hanis ikut sahaja apa yang kak ana dan abang lan dah gariskan and buat. DUPLICATE / TIRU bulat2 kerja orang tu.


Bila kita melakukan sesuatu perkara dalam hidup kita, seharusnya kita buat sehabis mungkin ataupun bersungguh-sungguh. Bukan buat sekadar melepaskan batuk di tangga.


Pertama skali sikap positive dan ingin menjadi or improve yourself to be someone better. Sikap negative tidak membawa kita kemana-mana. 


Hanis ingat dulu, memandangkan hanis ni seorang pendiam dan susah nak ramah dengan orang.. so I take the first step to communicate with people. 






Kejayaan dan Kegagalan hanya dipisahkan dengan satu titik sahaja. 


Kegagalan mesti ada SEBAB, kejayaan mesti ada CARA!





90% orang GAGAL berpunca dari SIKAP.


Bak kata CDM Siti Rohana, kejayaan dengan alasan memang tak boleh seiring, jika anda nak berjaya anda tidak boleh buat alasan. Dan setiap alasan memang LOGIC. 


For me if you're in the business, and if you expect to be successful in short period you can do it, but mestilah ada harga yang perlu dibayar.


Kejayaan tidak boleh datang bergolek tanpa usaha yang jemu, put your 100% commitment to it insyaAllah jadi.


Kalau kita masih terkapai-kapai tak tahu... belajar lah daripada orang yang dah berjaya dan pergi ke kelas.You expect orang bagi commitment to you sedangkan kita sendiri tak nak berikan commitment to  your leader? Allah tidak akan mengubah nasib seseorang jika kita sendiri tidak mengubah nasib kita.


FOR THINGS TO CHANGE I MUST CHANGE FIRST!!


Dan petua nak berjaya dalam business ni simple 


ILMU + BERTINDAK + RUJUK = CONFIRM BERJAYA!
 Tiada kejayaan tanpa menuntut ilmu. that's for sure.




And last but not least RUJUK tu sangat2 penting, sentiasa refer to your mentor dalam business ni apa nak buat dan progress kita so far.  Kalau kita belajar dulu pun kita ada sumber rujukan iaitu lecturer or buku-buku kan sama jugak dengan business ni.
TEAM WORK dengan pemimpin kita! InsyaAllah kerja akan jadi lebih senang! 


Tak reti jual? Senang je hadir ke kelas product confirm banyak gila testimoni yang kita boleh dapat! :) And bila kita berbincang dengan pemimpin kita insyaAllah dia boleh berikan solution or ideas.. kalau diam je macam mana kan pemimpin nak tahu?:)


Last but not least 



                               MUHASABAH DIRI selalu!


The difference between a successful person and others is not a lack of strength, not a lack of knowledge, but rather a lack in will. -Vince Lombardi


Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out.-Robert Collier

Thursday, June 28, 2012

WOW- Bengkel Muslimah Untuk Muslimah Superb


 Satu lagi program untuk WANITA SAHAJA :) Bukan anjuran One Heart Creative Solution tapi anjuran Nisa' Gombak :) 
Kosongkan tarikh 7 Julai anda.. 
Jom! Serlahkan aura muslimah superb! ^_^ Jumpa disana!! InsyaAllah

Untuk pendaftaran, hubungi Cikpuan Fadzilah Bint Hassan di 013 3742991.
Daftar segera kerana tempat terhad!

Kenapa perlu anda join WOW?
1.Yuran yang sangat murah
2.Sangat berbaloi dengan perkongsian fasililator yang hebat.
3.Jom upgrade diri menjadi MUSLIMAH SUPERB...WOW ^_^

lagi satu jangan lupa klik kat FB : Nisa' Gombak
 


Tuesday, April 24, 2012

Diamond Night 2012 I Kejayaan Diraikan Bersama Kumpulan

Hari : Sabtu
Tarikh : 21 April 2012
Tempat : MIECC, Mines


Majlis Diamond Nigt 2012 iaitu penerima Diamond Sales Manager, Double Diamond Manager Dan Car Fund akan diraikan secara besar-besaran. Memang happening dan meriah.. Tambahan pula CDM Hanis Haizi menjadi speaker untuk perkongsian perjalanan bersama Beautiful Bbusiness. Sangat teruja melihat kejayaan-kejayaan mereka..Dan saya akan menjadi seperti mereka jugak..Only Follow Sahaja mereka..nak berjaya mesti ikut orang yang sudah berjaya..

 Seramai 7,000 orang hadir majlis ini..sangat penuh..dengan dressing kalah artis tue...ada duit semua boleh saja..


Diamond Night yang cukup ditunggu oleh semua usahawan-usahawan berjaya


Me with my lovely leader Kak Ajue dan Aimiey
dari bisnes nie langsung tak kenal menjadi rapat dan semangat untuk berjaya


terima kasih sayangku, seniasa menjadi orang kuat ummu untuk berjaya..susah dan senang kita tempuh bersama..cukup memahami isterimu ini..

Ummu kongsikan sedikit kata-kata Hanis di FB nya sentiasa membuatkan semua orang bersemangat untuk bangkit dan berjuang habis-habisan..

i looveee so much tonight's event. the moment ive been waiting since the day one ive step into the business. Thank you so much my mentor n leaders for this opportunity and always be there to support me n guide me. InsyaAllah i will try my best to be the best leader.




Alhamdullilah almost 60 people from my GREEN LEADERS GROUP ambil award last night, ada yang naik 3 kali, 2 kali or sekali.. tak kesah mana2 pun or berapa kali naik. I wish all of you Congratulations!!

I still remembered last year saya cuma bawak less than 10 people untuk terima award. Terima kasih kepada my mentor cdm siti rohana yang bakar saya ketika itu.

For the next event Leaders! Jom kita ...upgradekan lagi pencapaian kita, supply seramai mungkin untuk next diamond night! :D

Yang tak naik pentas, its ok... kita balas dendam next event naik 3 kali terus... baru boleh melarams baju designer okkk :)
Thank you for your support datang n cheer for ur leaders. hari ni kita vaccuum aura orang esok orang pulak sambut kita. :)

I'm so proud of you guys!!
Give it BEST!! Be the BEST person you can be. In the end, the RESULT that matters ;)

                                                                              - CDM Hanis Haizi -


InsyaAllah pulun habis-habisan, mudah sahaja..duplikasi orang yang dah berjaya, insyaAllah hasilnya sama iaitu BERJAYA..kita bersama cipta kejayaan-kejayaan manis itu..Ambil aura dari orang yang berjaya, nanti kita pulak akan diraikan..Amin..moga niat murni kita dimudahkan segala urusan mahu berkongsi dan menolong orang seramai mungkin..


Credit from her blog www.hanishaizi.com


Alhamdulillah, such a beautiful night... Thank you all for your support and love.



The moment that I have been waiting for 3 years...

I really want this since the day I attended my very first Diamond Night Dinner 2009, I was only Sr. Sales Manager at that time..

Deep down inside, saya pasang impian satu hari saya akan berucap di depan.. Alhamdullilah ia menjadi kenyataan!!






Thank you Mr Hubby for standing beside me all the way, he is my mentor in business and in my life.. thru out this journey. Banyak bagi semangat, cabaran dan penguatku. Di kala tiada siapa nak bimbing pada peringkat permulaan, he was there to support me and believe in me!









Business partners yang sentiasa support dan bulat hati, sentiasa menjadi penyejuk jiwaku... and Follow every step of the way!

Together Everyone Achieve More!!






To my most beautiful mentor CDM Siti Rohana dan CDM Azlan, terima kasih tak terhingga hanis ucapkan... Hanya Allah sahaja mampu balas jasa kalian. Mereka berdualah menghulurkan tangan, lalu hanis sambut. Perkenalan di Tokyo menjadi titik permulaan sejarah kejayaan hanis hari ni.. Tanpa canaian dan bimbingan yang sempurna dari mereka ini... mungkin hanis jadi CDM yang biasa sahaja. Thank you mentor, for believe in me. Sentiasa tegur hanis jika hanis tersasar.


Kepada Ayahanda sifu CDM Chan dan Madam Lam, pemimpin ini
Mentor ini hanis anggap seperti Ibu dan bapa hanis sendiri. Sentiasa memberi kata-kata semangat, memberikan facility kepada kumpulan kami, service minda kami. Menjadi tulang belakang kepada group B32. CDM Chan sentiasa berpandangan jauh, kata-kata yang mendalam sometimes boleh menusuk kalbu. Walaupun berlainan bangsa dan agama, tapi beliau tidak pernah berkira ilmu dan wang ringgit.


Syukur padamu ya Allah pertemukan jodoh yang cukup sempurna ini. Mereka tiada galang ganti. :)








Me and my mentor.... sesi tunjuk menunjuk rolex dan chopard.... while kak na Gassan Diamond 121 5 carat! Kerlasss youu






Semua CDM-CDM di B32 memenuhi pentas, yang dibawah pentas 70% from the hall adalah dari group B32 bangun untuk raikan Hanis di pentas. Ini dah jadi budaya di B32



"Give it BEST! Be the BEST person you can be! The end RESULT that matters... "







Bersama founder syarikat - Mr Tan Kai Hee dan penasihat En Kamaruzzaman Yaacob.


Bersama CDM Maisarah in her couture dress from Jovian Mandagie



Teringat dulu 2011 hanya hantar wakil tak sampai 10 orang naik pentas, but this year balas dendam balik, seramai 60award group kami terima..



Tahniah kepada Car Fund Achiever!!! Double Diamond Manager dan Diamond Sales Manager











with part of my beautiful and dynamic team!










The turbanzz girlss... Salha in Rizalman, me in Radzuan Radziwill and Echenta in Rizman Ruzaini













Dress designed by Radzuan Radziwill loveee the dress!! and make up done by Tiar Zainal :)



Thank you to Hafiz Atan and Haziq Saharuddin for the lovely pics!!



*Credit to Creative Lite Box and Tiar Zainal for the photos









Monday, April 9, 2012

Kemahuan dan Jalannya adalah pilihan kita

Nak Berjaya nak tunggu dulu,
nak berjaya nak tengok kawan berjaya dulu
Nak berjaYa tak bersedia lahh
Husband tak bagi , mak tak bagi... Yadayadaaayadaa

This excuses are full of crap... Yes crap! Kenapa ? Those who hesitate will be lost...

Orang yang nak tengok orang berjaya dulu, pun sampai kesudah tak jadi apa2... From my experience ;)

So anda bagaimana? 
PREMIUM BEAUTIFUL *TOP AGENT.
Cara hilangkan tabiat buruk ialah ambil keputusan, disiplin, dan buang semua alasan


Getting rid of a bad habit cannot happen through prayer alone, but requires willpower, determination and a great effort with sacrifice as well.

When a bad habit is highlighted to us, never feel bad but rather appreciate that someone cares, even if the tone was not ideal.

It is common to hear those drowning in bad habits say, "Pray for me!" Prayer is indeed powerful, but hang on, if YOU are not going to do something about it then how is the prayer alone going to change things.

The Almighty Himself has said that we must work hard towards achieving whatever is beneficial for us. This means together with prayer BE STRONG!

Come on... kick that bad habit now! You can!
Prof Dr Muhaya www.drmuhaya.com
about



"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba...
datang tidak menentu masa...
datang disaat kita kesempitan atau kesusahan.

Nilailah peluang itu dengan cara yang bijaksana.
Rebutlah peluang yang besar itu,
 kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.
 Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!"
 - Prof. Dr. Hamka


bE iN mY TEAM
To Get More Than You Imagine
Trust ME If you Think BIG u can get BIG

UMMU
012-5900573

Thursday, March 29, 2012

Tazkirah l Sayangnya Rasullullah s.a.w dengan kita

Salam jumaat buat pembaca blog ummu yang dikasihi Allah.
sempena hari yang mulia ini, ummu akan sharekan kisah-kisah Nabi yang amat kita cintai
semoga ingatan kita buat pemimpin yang agung serta disanjungi , kekasih Allah
sentiasa terpahat dalam hati sanubari kita.
 Banyakkan selawat buat baginda.kita adalah umat baginda
Suami Ummu ada beli 1 buku biografi Nabi Muhammad SAW keluaran MustRead..

dapatkan di pasaran.
memang tidak rugi bila kita dapat mengetahui kehidupan baginda

SubhanAllah, Rasulullah Merindui Kita..:'(.. Adakah Kita Merindui Rasulullah S.A.W?

by Heliza Helmi on Tuesday, 19 April 2011 at 03:02 ·
 
Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " 
Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

kitalah umat yang disebut oleh baginda Rasulluh s.a.w itu..
jadi apa tindakan kita?
 muhasabah diri kita.
betapa sayangnya RAsullullah s.a.w dengan kita..
kita MESTI membalasnya dengan banyakkan selawat..
memahami dan membaca Al-Quran
kita mesti iri hati dengan orang yang berjaya menghafal dan beramal bersungguh dengan Al-Quran. Subhanallah, terima kasih atas perkongsian ini.
 

Motivasi l Kejayaan Adalah Milik Orang Yang Ingin Ubah Dirinya

Perkongsian yang cukup baik ummu rasa, kadang kala kita merasa diri kita cukup kuat atau lebih mudah bermotivasi atau semangat tetapi kadang kala datang juga perasaan  'down' atau lemah semangat atau give up
Perasaan - perasaan itu akan mempengaruhi kehidupan diri kita seharian.
Jadi bagaimana kita mahu sentiasa bersemangat dan positif minda tatkala kita lemah?

 * * * * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * *

Ramai manusia yang ketika hidupnya, dia terlupa untuk merasa diri sebagai hamba. Sehinggalah akhirnya kematian datang menjemputnya, ketika itu penyesalan dengan darah mata sekalipun tidak lagi bermakna.
Mereka ini adalah manusia yang mata hatinya telah dihijab oleh Allah untuk nampak kejelasan tanda-tanda-Nya yang cerah. Kerana mereka sendiri sebelumnya telah menjauhkan diri dari landasan kebenaran. 

Firman Allah,
"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya,"surah Al-Isra' ayat 27.

REDHA TUHAN = BERJAYA

Kita selalu bertanya kepada diri dan orang lain. Kita tanya:

Minta berikan sedikit motivasi, jalan manakah yang paling dekat dengan kejayaan?

Maka saya ingin menyebut jawapan sebegini:


Kita hidup adalah untuk mencari redha Allah SWT. Maka, kejayaan kita yang sebenar adalah apabila segala sesuatu yang kita lakukan adalah untuk mendapat redha Allah SWT.
Pada saya, di sini letaknya motivasi kejayaan kita yang paling besar sebenarnya.
Motivasi yang meletakkan Tuhan sebagai batu asas akan menemui jalan kejayaan yang paling hebat, paling bermakna.


Selaklah sirah baginda nabi, lihatlah kepada para sahabat baginda, telitilah kisah hidup ulama-ulama kita yang terdahulu, yang mereka ini luar biasa bagus dan hebat sekali, kita akan dapati motivasi kejayan mereka adalah redha Sang Pencipta.



PESANAN DR. A'LI JUM'AH

Kerana itu, saya suka untuk sampaikan kepada semua satu petua yang disebut oleh Mufti Mesir, Dr. Ali Jum'ah ketika kuliah beliau di Masjid Al-Azhar sebelum ini.

Kata beliau, setiap pagi ucapkanlah 

Allahu Maksudi, Wa Redha hu Matlubi 
(Allah tujuanku, dan redha-Nya lah yang kuharapkan). 

Baca ini 7 kali setiap pagi, dan kita insyaAllah akan bergerak untuk menjadi manusia yang lebih baik hari itu.

Kata beliau lagi, pengulangan sebanyak tujuh kali ini sebagai kita memperkuatkan keinginan kita.
Penegasan bahawa kita sememangnya hidup atas tujuan menjadi hamba Allah dan dalam hidup kita, yang kita cari hanyalah redha-Nya.

Maka, pasakkan di dalam jiwa, kita adalah hamba-Nya.

"Serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." Surah At-Taubah ayat 72..


 Kejayaan itu adalah BERMULA dari diri kita sendiri. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jadi kenapa perlu orang lain tentukan masa hadapan dan matlamat hidup kita? fikir-fikirkan.Jom kita upgrade diri kita menjadi lebih baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...