Perkongsian yang cukup baik ummu rasa, kadang kala kita merasa diri kita cukup kuat atau lebih mudah bermotivasi atau semangat tetapi kadang kala datang juga perasaan 'down' atau lemah semangat atau give up
Perasaan - perasaan itu akan mempengaruhi kehidupan diri kita seharian.
Jadi bagaimana kita mahu sentiasa bersemangat dan positif minda tatkala kita lemah?
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Ramai
manusia yang ketika hidupnya, dia terlupa untuk merasa diri sebagai
hamba. Sehinggalah akhirnya kematian datang menjemputnya, ketika itu
penyesalan dengan darah mata sekalipun tidak lagi bermakna.
Mereka ini adalah manusia yang mata hatinya telah dihijab oleh Allah
untuk nampak kejelasan tanda-tanda-Nya yang cerah. Kerana mereka sendiri
sebelumnya telah menjauhkan diri dari landasan kebenaran.
Firman Allah,
"Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di
dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di
akhirat dan lebih sesat lagi jalannya,"surah Al-Isra' ayat 27.
REDHA TUHAN = BERJAYA
Kita selalu bertanya kepada diri dan orang lain. Kita tanya:
Minta berikan sedikit motivasi, jalan manakah yang paling dekat dengan kejayaan?
Maka saya ingin menyebut jawapan sebegini:
Kita hidup adalah untuk mencari redha Allah SWT. Maka, kejayaan kita
yang sebenar adalah apabila segala sesuatu yang kita lakukan adalah
untuk mendapat redha Allah SWT.
Pada saya, di sini letaknya motivasi kejayaan kita yang paling besar sebenarnya.
Motivasi yang meletakkan Tuhan sebagai batu asas akan menemui jalan kejayaan yang paling hebat, paling bermakna.
Selaklah sirah baginda nabi, lihatlah kepada para sahabat baginda,
telitilah kisah hidup ulama-ulama kita yang terdahulu, yang mereka ini
luar biasa bagus dan hebat sekali, kita akan dapati motivasi kejayan
mereka adalah redha Sang Pencipta.
PESANAN DR. A'LI JUM'AH
Kerana itu, saya suka untuk sampaikan kepada semua satu petua yang
disebut oleh Mufti Mesir, Dr. Ali Jum'ah ketika kuliah beliau di Masjid
Al-Azhar sebelum ini.
Kata beliau, setiap pagi ucapkanlah
Allahu Maksudi, Wa Redha hu Matlubi
(Allah tujuanku, dan redha-Nya lah yang kuharapkan).
Baca ini 7 kali setiap pagi, dan kita insyaAllah akan bergerak untuk menjadi manusia yang lebih baik hari itu.
Kata beliau lagi, pengulangan sebanyak tujuh kali ini sebagai kita memperkuatkan keinginan kita.
Penegasan bahawa kita sememangnya hidup atas tujuan menjadi hamba Allah dan dalam hidup kita, yang kita cari hanyalah redha-Nya.
Maka, pasakkan di dalam jiwa, kita adalah hamba-Nya.
"Serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." Surah At-Taubah ayat 72..
Kejayaan itu adalah BERMULA dari diri kita sendiri. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jadi kenapa perlu orang lain tentukan masa hadapan dan matlamat hidup kita? fikir-fikirkan.Jom kita upgrade diri kita menjadi lebih baik.
No comments:
Post a Comment