AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP
1.
Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur
dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di
kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2.
Sesiapa yang berselawat tidak kiralah
banyak mana hitungnya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan
syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang
berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela
seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali
sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan,
di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan
dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali
selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi
hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian
baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7.
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000
kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu
berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat
mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu
solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9.
Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11
kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10.
Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi
SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11.
Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika
baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi
jika makanan itu pemberian orang lain.
12.
Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW
makan dengan 3 jari(ibu jari, telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau
makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13.
Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa
berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan
dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14.
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah
selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas
akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap
kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang
berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16.
Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat
tiga kali setiap selepas solat
lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran
dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering
menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat
wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18.
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil
dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan
solat fardu
19. Nabi tak makan sambil
bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke
hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20.
Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat
tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan
menghindarkannya drp sebarang bencana
21.
Nabi sering beristinsyaq air ke dalam
hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang
penyakit yang berkaitan dengan hidung
22.
Setelah bersolat Nabi memohon ampun (
astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi
adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23.
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak
1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh
serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia
dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan
baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25.
Amalan berselawat secara teratur setiap
hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan
mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia
membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan
serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
27.
Membaca selawat 10 kali pada setiap
waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada
mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika
ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan
bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29.
Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca
selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya
syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika
tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu
kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari
31.
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak
tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat
(pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW
amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan
kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33.
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang
berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak
70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi
SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat
yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35.
Nabi seorang yang berpsikologi dalam
memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya
mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
36.
Ada riwayat yang menyatakan bahawa
amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH
akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan
rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan
atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
38.
Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan
dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha
Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia
akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
40.
Nabi tidak pernah menolak hadiah.
Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
41.
Sesiapa yang sering mengamalkan
berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang
tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang
lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq
Alaih
43. Berdiri apabila
melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang
diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44.
Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan
selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada
taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45.
Bersujud syukur jika dapat khabar
gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai
tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
46.
Membaca selawat 1000 kali selepas Solat
Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan
ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga
kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam
hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48.
Menurut para ulamak, sesiapa yang
inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49.
Melakukan pekerjaan rumah. Hadith:
Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50.
Para ulamak berpendapat, ALLAH
sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali
setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.