Ianya sekadar tarikh.
Baca surat khabar METRO semalam ramai nak kahwin pada tarikh ini di Hong Kong dan Singapura. Kepercayaan mereka terlalu tinggi pada nombor. Mujur tarikh ini bukan hujung minggu, kalau tidak mungkin penuh undangan perkahwinan di Malaysia jugak.
10.10.2010 Saya kahwin ^___^
11.11.2011 Birthday saya ke 27 tahun
12.12.2012 ?
Tarikh berlalu begitu sahaja, Begitu jugak masa. Sangat pantas berlalu. Bagaimana tahap diri kita, biasa sahaja atau sentiasa ada keinginan untuk lakukan yang terbaik? tanya pada diri kita sendiri.
Bagi ummu bulan Disember 2012 banyak perubahan berlaku, mana nak tahu ada rezeki selepas ini.
Ummu akan ceritakan pasal kerja baru Ummu, Bengkel yang telah dihadiri awal bulan Disember, dan semalam bengkel bersama Tn Hj. Aznil Nawawi yang lebih dikenali sebagai Pak Nil. Dengan siapa Ummu cukup teruja sekali mahu berjumpa, akhirnya bulan ini jugak ummu dapat jumpa dengan seorang insan yang sangat hebat. Semalam jugak merupakan Ulangtahun Kelahiran En. Wan ke 28 tahun. Ummu akan ceritakan satu-satu buat kalian.
Kita bukan keseorangan dalam menghadapi segala rencah kehidupan ini.
Masa ialah EMAS, ianya sangat berharga. Berpesan-pesan dengan kebaikan. Itu jugak yang ummu nak sharekan moga blog ini memberi inspirasi dan kita buka minda kita bersama-sama menuju keredhaanNYA.
No comments:
Post a Comment