Kisah Pertama
Masuknya detik 12.01 pagi 4 April 2012 harga minyak Ron 97 naik lagi menjadi RM2.90 seliter..
naik lagi..biasa Ron 97 orang-orang kaya dan orang atasan yang suka pakai.Pastu claim balik dekat company..huhu bagaimana dengan orang bawahan dah la gaji kecil.tidak percaya lepas nie harga barang keperluan semua akan naik..tunggulah...makin mengecil la kami..barang harian memang la akan naik walaupun hanya Ron97 sahaja yang naik..macam ummu biasa guna Ron 95 ja..walaupun begitu, dengan peningkatan harga minyak sedunia mempengaruhi harga barang harian kita..sampai bila akan naik?
Kisah Kedua
Bayar hutang sampai mati
|
HARGA rumah di bandar raya Kuala Lumpur sekarang dianggap menakutkan.
Kondominium One Menerung di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter)
persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit. Sebuah rumah semi-D di Sri
Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras
bermula dari harga RM500,000.Dengan harga yang begitu tinggi, ia bukan lagi merupakan rumah mampu
milik khususnya bagi warga kota berpendapatan sederhana iaitu kira-kira
RM6,000 sebulan.Malangnya, bukan ibu negara sahaja yang mengalami kenaikan melambung harga rumah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Malah, kawasan pinggir Lembah Klang seperti Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan Klang menunjukkan trend yang sama. Tinjauan Jurnal di beberapa lokasi seperti Semenyih mendapati harga
rumah teres baharu dengan keluasan 24x70 kaki (7x21 meter) kini mencecah
harga RM460,000.
Di Kajang, rumah bersaiz 22x70 kaki berharga RM510,000, Rawang
RM288,000 (20x65 kaki), Sungai Buloh RM398,000 (22x75 kaki) dan Klang
RM335,000 (24x75 kaki).
Pada umumnya, rumah teres sering menjadi pilihan golongan
berpendapatan sederhana kerana saiznya lebih luas serta memiliki laman
dan tempat letak kereta yang mesra pengguna.Malangnya, masih ada satu lagi berita buruk iaitu rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 sebuah menjelang tahun 2020.Ini berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus
setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong
Sdn. Bhd. (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaharu rumah
teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah.
Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea),
Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan bahawa harga rumah teres di Lembah
Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang. “Harga rumah di negara ini akan terus berkembang walaupun berlaku krisis ekonomi,” katanya. Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres
di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan
harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur.
Pendapatan
Beliau memberi contoh rumah teres di Taman Tun Dr. Ismail yang kini
bernilai RM1.5 juta bakal mencapai harga RM3 juta dalam tempoh lapan
tahun lagi.
“Untuk memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020 sekurang-kurangnya
sebuah isi rumah perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan.
“Secara purata pendapatan isi rumah sekarang ialah RM6,000 bagi
golongan pertengahan. Jika harga rumah naik sekali ganda maka pendapatan
isi rumah harus meningkat seiring dengan harga rumah,” terang beliau.
Membeli rumah berharga RM500,000 dengan pendapatan bulanan RM6,000 bukanlah satu tindakan bijak.
Menurut kiraan seorang pegawai bank, andaikan si pembeli meminjam
RM400,000 sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus
setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira
RM2,400 selama 30 tahun.
Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun.
Jika tidak bernasib baik, peminjam tadi mungkin meninggal dunia terlebih dahulu sebelum sempat melangsaikan hutang rumahnya.
Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang?
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda)
Kuala Lumpur, NK Tong berkata, pelbagai faktor menyebabkan kenaikan
harga hartanah termasuk pengumuman kerajaan untuk meningkatkan kemudahan
infrastruktur seperti pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) yang
menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang.
“Dengan kemudahan seperti MRT, orang ramai akan mula keluar dari
pusat bandar dan bertumpu ke kawasan pinggir Lembah Klang. Sehubungan
itu permintaan terhadap rumah akan meningkat,” hujah beliau.
Menabung
Tambah Tong lagi, konsep bina dan jual yang suatu ketika dahulu
hangat diperkatakan diramal dilaksanakan pada tahun 2015 dan ia pasti
meningkatkan harga rumah.
“Jika konsep itu dilaksanakan, pihak pemaju akan mengehadkan jumlah
rumah yang dibina dan ini mengakibatkan terjadi situasi permintaan
melebihi penawaran,” jelasnya yang tidak menolak spekulasi turut
memainkan peranan rumah dijual pada harga yang lebih tinggi daripada
nilai sebenar.
Dalam situasi ini pasangan muda yang ingin memiliki sebuah rumah
idaman pada masa hadapan disaran supaya menanam tabiat menabung
sekurang-kurang 10 peratus daripada jumlah pendapatan isi rumah.
Mentor kewangan, Azizi Ali berkata, senario sekarang menunjukkan
kebanyakan pasangan muda bersikap sebaliknya. Mereka membelanjakan
kesemua wang pendapatan dengan harapan akan ada lebihan untuk dijadikan
simpanan.
Katanya, apabila menabung dulu sebanyak 10 peratus, pasangan masih
mempunyai 90 peratus daripada jumlah pendapatan manakala jumlah hutang
tidak boleh melebihi 40 peratus pendapatan.
“Jumlah bayaran untuk kereta tidak patut melebihi 10 peratus atau maksimum 15 peratus,” katanya.
Jelasnya, trend pasangan muda sekarang adalah mereka lebih cenderung memiliki kereta mewah hingga membebankan hutang isi rumah.
“Kita tidak sepatutnya menjadi hamba kepada hutang sendiri dan
terpaksa bekerja keras semata-mata untuk melunaskan hutang,” katanya.
Bagaimanapun, kenaikan harga rumah mungkin memberi kebaikan kepada pemilik kediaman sedia ada.
Penjawat awam, Ariffin Ahmad, 30, memberitahu beliau membeli sebuah
rumah teres dua tingkat pada penghujung tahun 2009 pada harga RM167,000.
“Tidak sampai setahun saya dan keluarga menetap di kawasan itu, harga
rumah saya meningkat hampir sekali ganda menjadi RM288,000.
“Membeli rumah adalah satu pelaburan yang baik untuk jangka masa
panjang tetapi saya lihat kini harga rumah yang ditawarkan semakin mahal
menyebabkan ramai orang tidak mampu membelinya. Jika ada pun, pasti
lokasinya di luar Kuala Lumpur,” katanya.
Sumber : kosmo online
********************************************************************************************
Jadi apa tindakan kita sekarang?Adakah hanya menunggu bulan jatuh ke riba tidak pun menunggu subsidi kerajaan nak bagi..tambahan orang melayu sekarang mesti berubah..UBAH MENTALITI..mahu hidup senang dengan cara yang senang..Rezeki kita sangat luas.tetapi 9/10 punca rezeki adalah dari BERNIAGA. Tengok orang cina bagaimana boleh berjaya dalam perniagaannya.Kita pun boleh buat, BELAJAR dari orang yang sudah berjaya.
Dengan Syarikat yang KUKUH
20 tahun dalam pasaran dam menerima pengiktirafan pelbagai pihak
Produk yang sangat HEBAT dan TERBAIK
MENTOR yang telah terbukti BERJAYA dan JUTAWAN
bukan calang-calang orang boleh masuk majalah PERSONAL MONEY
LEADER yang banyak memberi INSPIRASI
GROUP yang mantap
baru separuh group CDM HANIS HAIZI
sudah semestinya DIRI KITA SENDIRI
saya sudah bermula
bagaimana dengan anda?
Ayuh, mulakan langkah anda yang pertama
yang akan mengubah seluruh hidup anda
JOIN ME AS MY TEAM ^_^
UMMU
012-5900573
No comments:
Post a Comment