Di suatu petang hujan turun dengan lebatnya,
kami berdua lepak depan rumah sambil menyembang.
Nak tidur dia tak bagi jadi layan ja dia sembang walaupun pening dan mengantuk.
Taktau kena penyakit apa akhir-akhir ini,
bila pergi check doktor cakap angin banyak dalam badan..
huhu rasa pasrah ja..bukan mengharap tapi adalah jugak..
sedih tapi dia cakap lepas nie wat taktau ja jangan dok mengharap sangat la..ok bos..hihi
banyak jugak yang kami bincangkan walaupun sekadar perkongsian ringan.
sambil melihat kereta yang comel dibasahi hujan
pagi tadi kami dah sama-sama cuci kereta.
xpalah Tuhan nak bagi lagi bersih kereta kita kan sayang..
rasa seronok gak bila menghayati hujan turun nie bila berdua..
*******
Lepas ja solat asar berjemaah kepala jadi lagi berat,
dia ajak pergi ke kedai mamak depan kawasan perumahan kami..
Ummu pantang ja terus laju bersiap.hihi..
hilang terus sakit kepala
hilang terus sakit kepala
dia cakap kita guna payung ja pergi sana..
wah romantik jugak dia sebenarnya..
tapi memang romantik pun..i je yang tahu..haha
maka berjalan la kami berdua meredah hujan lebat
semata-mata untuk hilangkan kebosanan ini..
kami berdua order la makanan,
yang pasti sekarang ummu kena banyakkan minum air barli..
mengikut saranan doktor ummu dah terkena kencing kotor.
huhu macam-macam da..
sementara nak tunggu roti canai garing gila siap,
sempat lagi Ummu mengepaukan dengan ambil pau dua biji,
inti faberet Ummu kacang merah dan coklat..^_^
Tengah kusyuk dok makan tiba-tiba kedengaran suara anjing menyalak begitu kuat sekali..
terkejut lantas berpaling segera..
rupanya anak anjing tersebut kakinya telah kena langgar
dengan motosikal di tengah-tengah laluan utama..
dengan motosikal di tengah-tengah laluan utama..
patutlah anak anjing tersebut menyalak kuat mungkin takut terkena gilis lagi sekali..
Ya Allah kesian sangat Ummu tengok..
cakap dengan dia..tak sanggup tengok tapi masih tengok jugak
tapi yang cukup menyayatkan hati masa anak anjing tersebut menyalak tak berhenti sepasang anjing besar mengelilingi anak anjing tersebut..
mungkin untuk melindungi anak anjing tersebut dari dilanggar buat kali kedua
kerana ada kereta yang hendak melalui jalan tersebut
terpaksa memberi laluan kepada anak anjing itu berjalan ke tepi..
Rasa macam nak menangis pun ada melihat adegan tersebut.
Haiwan pun cukup sayangkan anak yang dilahirkannya
namun manusia yang berhati binatang
sanggup membuang anak yang dikandung mereka sendiri.
sanggup membuang anak yang dikandung mereka sendiri.
Orang yang mahu anak terpaksa menunggu saat-saat itu,
berbeza pula dengan orang yang luar nikah begitu Allah memudahkan mereka mengandung..
Allah jua yang Mengetahui segalanya, dijadikan yang terbaik untuk kita supaya kita tidak lupa akanNYA.
Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah..
No comments:
Post a Comment