Thursday, May 26, 2011

Petua Awet Muda ^_______^ Jom buat Sama2

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. 
Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah 
kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.


Sejurus bangun pagi baca doa,
amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. 
Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh,
bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. 
Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. 
Hirup udara segar dari luar dan jalan 
tanpa memakai kasut di halaman yang berumput.
Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut 
pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan,
seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur 
mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan
dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS.
Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.
 Jom sama-sama amalkan kerana ianya adalah sebahagian daripada sunnah nabi..
Lakukanlah sedikit namun istiqamah..

Saturday, May 21, 2011

Header dah siap..

( A )

atau
( B )

atau


P/S :
ca try bagi komen sket..hihi
jasa baik anda amat saya hargai..
Idea akan digunakan pakai dalam header kedai saya..
LOVE U

Header ini adalah untuk kedai baru saya wanilashop.com 

Thursday, May 19, 2011

Kelebihan Al-Mathurat

Perkongsian daripada :


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...

Pernahkah sahabat2 semua dengar tentang AL-MATHURAT?? Bagi sahabat2 yg mengetahui apakah Al-Mathurat, allhamdulillah...Bagi yang kurang arif tentangnya, ia tidak mengapa...^_^Mudah2an kita sama2 mendapat manfaat dari apa yang bakal ana sampaikan ini. Jangan kalian merasa rendah diri, malah kita harus rasa bersyukur kerana masih di beri peluang untuk menimba ilmu2 yg kita kurang arif...Ana juga manusia biasa, yang sering lalai dan leka...

Al-Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW. Ia dikumpul dan disusun oleh al-Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih dan berdasarkan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Wirid, doa, zikir dan istighfar di dalam Al-Ma’thurat ini jika dibaca secara konsisten dan istiqamah akan memantapkan jiwa dan dapat mendidik hati agar sentiasa merindui Allah SWT di samping akan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani. Orang yang mengamalkan zikir Al-Ma’thurat ini akan merasakan perbezaan dari hari-hari lain yang tidak dimulakan dengannya. Begitulah antara kekuatan doa dan wirid di dalam Al-Ma’thurat ini.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Mudah2an kita semua dapat mengamalkan Al-Mathurat setiap selepas solat subuh dan selepas Solat asar setiap hari...Ambillah masa untuk kita mengisi kekosongan rohani dengan zikir ini...

Moga istiqamah dengan amalan yang sedikit tetapi ia berterusan, insyaallah...Wassalam^_^



Jalan-Jalan Kami ke IKEA

Bermula dari kak hawa yang mengajak ke IKEA pada hari selasa lepas namun terpaksa ditukarkan ke hari jumaat kerana rehat hari jumaat yang paling lama.hihi puan belog kalo bab jalan-2 memang suka.ajak la pergi mana pun memang ngikut ja..kak hawa nak cari penyangkut yang bentuk S tue ja sebenarnya..
Jom la saksikan sedutan-sedutan kisah kami berjalan di IKEA

si comel ini yang membawa kami berlima..padat ye kakak2 dibelakang..hihi


 masing-masing dah tak sabar nak masuk IKEA nie..

masuk ja IKEA mula-mula dulu ni jakun jugak la.Semua nak amik hah..lagi satu cheq suka IKEA pasai ada bahagian decoration yang telah siap dibuat,apa lagi amik wat ilham untuk rumah sendiri ja nanti..
jom jelajah IKEA





 bahagian yang kecil dapat diubahsuai menjadi ruang yang besar


 dapur eksklusif dan mewah

 mewah betul hah..


merah + putih bahagian dapur
 set bilik tidur

 Puan belog membawa beg kuning, mulanya cheq sorang ja bawak biasalah pantang tengok benda-benda comel nie lepas tue  masing2 kakak2 cheq dah bawa beg kuning sendiri.wakaka

 Kak Kent sedang membelek kain untuk projek terbaru ..hehe tunggu..

 beratur masing-masing menuju kaunter bayaran

 dalam nak p bayar pun sempat singgah lagi tue..hihi

hiasan lampu yang cukup indah..

 suka gambar nie..warna-warni kot..

rambang mata tengok frame yang cantik lukisannya..ermmm

hihi sabar ummu sabar..dok lama kat IKEA ni memang best..dapat tengok perabot dan barangan hiasan rumah yang cukup moden dan kreatif..tunggu rumah siap ye Puan Belog baru boleh borong banyak..masa tu nak buat apa pun dah tak kisah pasai dah ada rumah sendiri..

dah sampai ke garisan penamat iaitu kaunter bayaran haha..silalah kira bil masing-masing..nasib datang dengan si comel kalo dak mau banyak lagi amik nie..hihi itu pun penuh bonet belakang..
sangat-sangat suka masa nie..pasni kita jalan lagi na..
pasai Puan Belog pantang orang ajak berjalan laju ja jawab 
" JOM " ^_^

Tuesday, May 17, 2011

Hujan Yang Indah

Di suatu petang hujan turun dengan lebatnya, 
kami berdua lepak depan rumah sambil menyembang. 
Nak tidur dia tak bagi jadi layan ja dia sembang walaupun pening dan mengantuk.
Taktau kena penyakit apa akhir-akhir ini, 
bila pergi check doktor cakap angin banyak dalam badan..
huhu rasa pasrah ja..bukan mengharap tapi adalah jugak..
sedih tapi dia cakap lepas nie wat taktau ja jangan dok mengharap sangat la..ok bos..hihi 
banyak jugak yang kami bincangkan walaupun sekadar perkongsian ringan.
sambil melihat kereta yang comel dibasahi hujan 
 pagi tadi kami dah sama-sama cuci kereta.
xpalah Tuhan nak bagi lagi bersih kereta kita kan sayang..
rasa seronok gak bila menghayati hujan turun nie bila berdua..
*******
Lepas ja solat asar berjemaah kepala jadi lagi berat, 
dia ajak pergi ke kedai mamak depan kawasan perumahan kami..
Ummu pantang ja terus laju bersiap.hihi..
hilang terus sakit kepala
dia cakap kita guna payung ja pergi sana..
wah romantik jugak dia sebenarnya..
tapi memang romantik pun..i je yang tahu..haha
maka berjalan la kami berdua meredah hujan lebat 
semata-mata untuk hilangkan kebosanan ini..
 bab makan laju saja ya

 Puan Belog
 sempat lagi ^_^

tengok tue..
kami berdua  order la makanan, 
yang pasti sekarang ummu kena banyakkan minum air barli..
mengikut saranan doktor ummu dah terkena kencing kotor.
huhu macam-macam da..
sementara nak tunggu roti canai garing gila siap, 
sempat lagi Ummu mengepaukan dengan ambil pau dua biji,
inti faberet Ummu kacang merah dan coklat..^_^
sempat makan pau kacang merah ja pastu roti canai pun sampai..

Tengah kusyuk dok makan tiba-tiba kedengaran suara anjing menyalak begitu kuat sekali..
terkejut lantas berpaling segera..
rupanya anak anjing tersebut kakinya telah kena langgar 
dengan motosikal di tengah-tengah laluan utama..
patutlah anak anjing tersebut menyalak kuat mungkin takut terkena gilis lagi sekali..
Ya Allah kesian sangat Ummu tengok..
cakap dengan dia..tak sanggup tengok tapi masih tengok jugak
tapi yang cukup menyayatkan hati masa anak anjing tersebut menyalak tak berhenti sepasang anjing besar mengelilingi anak anjing tersebut..
mungkin untuk melindungi anak anjing tersebut dari dilanggar buat kali kedua
kerana ada kereta yang hendak melalui jalan tersebut 
terpaksa memberi laluan kepada anak anjing itu berjalan ke tepi..
Rasa macam nak menangis pun ada melihat adegan tersebut.
Haiwan pun cukup sayangkan anak yang dilahirkannya 
namun manusia yang berhati binatang 
sanggup membuang anak yang dikandung mereka sendiri.

Orang yang mahu anak terpaksa menunggu saat-saat itu,
berbeza pula dengan orang yang luar nikah begitu Allah memudahkan mereka mengandung..

Allah jua yang Mengetahui segalanya, dijadikan yang terbaik untuk kita supaya kita tidak lupa akanNYA.
Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah..


Monday, May 16, 2011

First Time Join Giveway ^_^


Cuba lihat betapa kreatifnya balqyys dalam membuat kraftangannya ^_^
pertama kali tengok dah terpegun..
sangat-sangat sweet
sekiranya menjadi rezeki Ummu
tahu mana nak diletakkan si comel nie..
*
*

mestilah letak dengan geng si comel jugak, 
wat teman di seat belakang kereta kami berdua..
selalu kami berdua ja, 
almaklum la masih belum ada anak lagi,
jadi boleh la letakkan di belakang sebagai teman yang menceriakan kami..
Dengan warna-warna yang ceria digabungkan mampu menceriakan kami berdua..
Mana tau lepas ni rezeki kami mempunyai anak, 
boleh diletakkan sebelah sebagai bantal bucuk..hihi




xtahan bila tengok..hihi
 
 
1..................... jadi follower kiszydolls blogshop dulu tau :)
dah lama follower balqis ^_^

2.................... leave your details ( nama n link blog ) serta comment2 yang
best2 kat post giveaways ni tau ^-^ hehehe...kisz appreciate semua comments :)
sudah komen
3...............U guys kene terangkan tentang giveaways ni kat blog u guys tau :)
Orait, saya dah buat mengenai giveway nie

4............ wajib letakkan 4 gambar di atas kat keterangan giveaways kiszydolls di blog u guys :)
sudah letak gambar-gambar kiut tersebut

5..............sape2 yang tidak mengikuti syarat2 di atas,penyertaan u guys akan dibatalkan secara automatik ye...
semua dah ikut..

Apalagi kawan-kawan.
jom sertai giveaways ni dan
berpeluang memenangi mr bebey yang gebu ni...
saiznye 16.5 inci n boleh buat tidur tau...
heeee....bestnye dapat hug kiszydoll

Friday, May 13, 2011

Bagaimana wudhu' zahir dan batin?

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka
di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan
baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham  maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.









p/s : jom kita praktikkan bersama..tingkatkan mutu solat kita kerana solat adalah tiang agama.sekiranya runtuh tiang agama (tidak bersolat) maka musnahlah semuanya..


Untuk manfaat kita bersama, Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...