Thursday, April 4, 2013

Testimoni Biovelocity Sleeping Mate (BVSM)

Assalamualaikum dan selamat hari jumaat buat pembaca yang disayangi Allah sekalian..
 
Hari ini ummu nak kongsikan beberapa testimoni mengenai kebaikan BVSM seperti yang telah ummu cerita sebelum ini. Bila melihat testimoni yang dikongsikan oleh syarikat Hai-o sendiri yang telah terbukti sangat berkesan barulah ummu akui kenapa permintaan untuk BVSM ini cukup tinggi. Memang sangat berbaloi setiap rumah memilikinya.

Biovelocity Sleeping Mate (BVSM) ni boleh memulih dan menyeimbangkan kesihatan kita secara mudah. Pelapik tilam ini dibuat khas bagi memenuhi keperluan individu. BVSM ini membantu memperbetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang bahaya dan menguatkan gelombang positif yang membentuk aura sihat.

Dengan mempengaruhi aliran tenaga, kita dapat menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna. Apabila kita bangun dari tidur, kita akan rasa cergas dan lebih bertenaga.Penggunaan jangka panjang akan mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan memberikan kehidupan yang berkualiti.

BVSM terbukti untuk:

LUMPUH AKIBAT KEMALANGAN





INSOMNIA
Seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.

Insomnia, membabitkan beberapa ciri 
berikut seperti:
 
* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)


 MEMBANTU MEMULIH SARAF MATA

Adik Nur Adelia : Sepet mata pulih selepas dua hari tidur dia dialas dengan BVSM



KENCING MANIS
BVSM membantu memulihkan kebas kaki pesakit kencing manis


Kegunaan lain BVSM:

Sakti sendi
Tekanan darah tinggi
Sakit otot
Pesakit Asma
Bayi meragam waktu malam
Migrain teruk
Senggugut teruk
Mendapat tidur yang sangat berkualiti
 
Testimoni yang dibuat oleh my great leader sendiri iaitu 
 
Ajue Rasid klik di sini
 
 
Kalau nak tengok lagi banyak testimoni yang search sahaja di Youtube..Terlalu banyak untuk dikongsikan. Jadi apa tunggu lagi. Dapatkan satu untuk kegunaan seisi keluarga sekarang. Bukti dah ada. 
 
Untuk tahu lebih lanjut boleh hubungi Ummu sendiri. 012-590573
Nak whatapps pun boleh ^___^


Tuesday, March 19, 2013

Bio Velocity Sleep Mate

Bio Velocity Sleep Mate (BVSM)



Medan Tenaga Manusia
Matahari adalah sumber tenaga yang menggerakkan kesemua kehidupan dalam bumi. Benda hidup adalah makhluk yang bertenaga, atom-atom dan elektron-elektron di dalam badan kita menghasilkan satu aliran medan tenaga di mana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk sel-sel badan bekerja pada tahap yang optima. Dengan kata lain, tenaga adalah daya hidup dan ia adalah sumber kesihatan dan semangat manusia.
 
Keseimbangan tenaga adalah berdasarkan kewujudan corak tenaga di dalam dan di sekeliling badan yang membentuk satu matrik yang digunakan oleh badan untuk mengekalkannya dalam keadaan "sihat". Medan tenaga manusia dibentuk untuk mengekalkan kesihatan badan. Sel-sel badan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui gelombang (frekuensi) yang unik kepada setiap orang. Semua tisu seperti kulit, hati, tulang dan organ-organ lain mempunyai tenaga dan beresonan ke atas frekuensi tersendiri. Bioresonans bermakna mengedarkan semua frekuensi yang diperlukan untuk rangsangan dan penyelarasan organisma yang muktamad.
Bagaimanapun, pemodenan kini telah membawa kepada kemerosotan medan tenaga manusia secara mendadak. Gaya hidup yang penuh tekanan, penggunaan alat elektronik yang meluas, pencemaran alam, makanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang buruk serta toksin-toksin yang dihisap telah membawa ketidakseimbangan frekuensi elektromagnetik atau medan tenaga. Dengan ini, sekatan tenaga dihasilkan justeru mengganggu pengaliran tenaga utama atau daya hidup. Masalah kesihatan kronik mulai timbul dan menjadikan badan sukar untuk menyembuhkan diri.

Tidur Yang Berkualiti
Manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur; oleh itu, tidur dan rehat yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan kita. Ia adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental, dan untuk mengoptimakan fungsi-fungsi harian kita. Apakah itu tidur yang berkualiti? Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar selepas membangun dan segar sepanjang hari. 

Semasa badan kita rehat, semua sel badan akan diperbaharui dan dibebaskan, kerja-kerja pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit-penyakit akan dijalankan; aktiviti-aktiviti otak kita yang mengawal emosi, proses pembuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan, membolehkan kita mengekalkan emosi dan fungsi-fungsi sosial yang optima semasa kita membangun. Tidur juga menguatkan minda dan kesedaran, membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara fizikal. Ia juga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan belajar; mengurangkan tekanan, rasa kebimbangan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga kesihatan hati kita dan mengurangkan risiko kemurungan.

BV Sleep Mate
Anda boleh memulihkan keseimbangan dan kesihatan anda secara mudah dengan kuasa penyembuhan BV Sleep Mate. Pelapik tilam ini khas dibuat untuk memenuhi keperluan individu anda. BV Sleep Mate menolong membetulkan frekuensi yang tidak harmoni, meneutralkan gelombang berbahaya sambil menguatkan gelombang positif yang membentuk aura yang sihat dalam organisma. Dengan mempengaruhi pengaliran tenaga, kita boleh menyihatkan badan dengan mencapai tahap kesihatan yang sempurna, mengimbangkan dan meningkatkan keseluruhan aktiviti badan dan minda. Apabila anda bangun daripada tidur, anda berasa lebih cergas dan bertenaga. Dalam penggunaan jangka masa panjang, ia memberi manfaat kepada badan di mana ia boleh mengekalkan kesihatan kita, meningkatkan sistem imun dan juga memberi hidup yang berkualiti.
Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate


KELEBIHAN :
1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

MANFAAT :
Melegakan sakit kepala, sakit haid, sakit perut, menghilangkan kesakitan otot, melegakan kesakitan gastrik, melegakan sakit belakang, menolong ketegangan leher, melegakan rasa kebas.

CARA PENJAGAAN:
 
just call/ msj / whatapp me ^_^
 
UMMU
012-5900573

Tuesday, January 15, 2013

Kisah Benar 1 : Perubahan yang Nyata Berbeza

Khas buat mak saudara yang amat kami semua sayangi, Pn. Norosamin bin Kassim.

Terima kasih atas segalanya. Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunanganmu. Maaf tidak dapat balik. Insha Allah kenduri awal bulan dua ni ummu balik. Terima kasih atas segala jasa baikmu, tidak terbalas dengan apapun. Banyak tolong kami adik beradik dari kecil sampai besar. Selalu minta tolong macam-macam dan bersabar dengan karenah kami adik beradik. Nak taip ini pun rasa macam sebak. Dah jadi macam mak kami dah, terima kasih tumpangkan kasih sayang untuk kami semua. Love U so much. InsyaAllah kami sentiasa ingat jasa-jasa kalian.

3 of us, salmah tidak masuk kerana malu ^_- (dia tidak menutup muka sepenuhnya)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Apa yang ummu nak kongsikan di sini testimoni sendiri dari mak saudara ummu ni. Jom tengok gambar masa dulu-dulu yang sangat berbeza dengan sekarang. Mak saudara ummu a.k.a Cikgu Min mengajar di sekolah rendah di Padang Besar. Siapa yang mengenali dia memang sangat suka dengan personaliti dia. Ramah dan baik hati.


gambar dicedok dari FB

Ummu balik raya haji tahun lepas dia tanyakan mengenai Premium Beautiful yang Ummu jualkan. Apa lagi laju ja Ummu buka dan terangkan, siap ukur dan pakaikan untuk dapatkan saiz Premium Beautiful yang sesuai.


Alhamdulillah berkat pemakaian yang konsisten berjaya mengubah penampilan yang nyata sangat berbeza. Nak tengok gambar yang terbaru.hihi sangat anggun jelita. Ini gambar sempena majlis pertunangannya. Setelah solo 16 tahun akhirnya bertemu jodoh hasil kenalan rakan sekolahnya.


Ingat lagi apa yang diberitahu kepada ummu, anaknya bagitau " mak dah pakai Preium Beautiful jumpa ayah baru". Itulah jodoh sebenarnya. Sungguh indahkan perjalanan hidup kita ini.


Hasil pemakaian yang konsisten





 




Tahniah dari Ummu


Jadi siapa yang nak lebih lanjut mengenai Premium Beautiful  atau apa sahaja boleh hubungi :

Ummu 012-5900 573

Norosamin - 012-4610 445

Shima - 019 - 444 4487

Najihah - 013-232 5655

Yati - 013 - 4036 047

Ana -  013 - 9702 690

WE are from GLAM Entrepeneur

Friday, December 28, 2012

Tips Rumahtangga Bahagia


 
 
50 Tips Terbaik Membina Keluarga Bahagia Oleh Dr Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.


2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.


3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Tuesday, December 18, 2012

Ku RIndu Saat-saat Itu


Ku rindukan saat-saat itu,
Makan bersama,
Bila kita meraikan kelahiran kawan kita,
semestinya akan ada kejutan buat empunya diri
Kek Secret Recipe diseludup dan makanan dibawa ikut tingkap.
Kadang kala kita buat jamuan dan potluck beramai-ramai
Yang pastinya dapat dikongsikan dengan ramai
Indah kan saat-saat itu. 






 Ku rindukan saat-saat itu,
 Kita keluar bersama, 
 Keluar untuk shopping kalau ada kelapangan masa
 Menerjah IKEA, Jalan TAR yang menanti kita untuk menghabiskan duit
 Seronok bila boleh berjalan bersama
 Indahkan saat-saat itu



 Ku rindukan saat-saat itu,
Rehat secara berjemaah a.k.a tidur 
Setiap kali jumaat sekiranya tidak keluar kita kan tidur dalam bilik kita
Buka air-cond, tutup langsir, kalau boleh biar gelap gelita
Akhirnya tidur nyenyak hingga habis waktu rehat
Indahkan saat-saat itu




Ku rindukan saat-saat itu
Kita bergotong-royong bersama-sama
Clearkan kertas-kertas untuk dilupuskan
Kemaskan bilik kebal yang nyata kebal
Sampaikan ada yang duduk bersila hingga kebas kaki
Indahkan saat-saat itu


Saat yang membuatkan kita menjadi sangat rapat
Saat yang membuatkan aku terkenang kembali
Saat yang menitis air mata bersama-sama
Saat-saat bergaduh manja
4 tahun menyemai kasih bersama,
ianya mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.

Yang pasti ukhwah kita  KEKAL HINGGA KE SYURGA dan aku amat menyayangi KALIAN

Halalkan segala makan minumku ketika di Unit Kewangan Dan Perolehan, Segala tunjur Ajar yang Tiada Henti..LOVE u ALL

Tiada yang dapat pisahkan kita bersama

ALLAH tahu yang TERBAIK untuk kita semua.

 




Wednesday, December 12, 2012

12.12.2012



Ianya sekadar tarikh.

Baca surat khabar METRO semalam ramai nak kahwin pada tarikh ini di Hong Kong dan Singapura. Kepercayaan mereka terlalu tinggi pada nombor. Mujur tarikh ini bukan hujung minggu, kalau tidak mungkin penuh undangan perkahwinan di Malaysia jugak.

10.10.2010 Saya kahwin ^___^

11.11.2011 Birthday saya ke 27 tahun

12.12.2012 ?

Tarikh berlalu begitu sahaja, Begitu jugak masa. Sangat pantas berlalu. Bagaimana tahap diri kita, biasa sahaja atau sentiasa ada keinginan untuk lakukan yang terbaik? tanya pada diri kita sendiri.

Bagi ummu bulan Disember 2012 banyak perubahan berlaku, mana nak tahu ada rezeki selepas ini.
Ummu akan ceritakan pasal kerja baru Ummu, Bengkel yang telah dihadiri awal bulan Disember, dan semalam bengkel bersama Tn Hj. Aznil Nawawi yang lebih dikenali sebagai Pak Nil. Dengan siapa Ummu cukup teruja sekali mahu berjumpa, akhirnya bulan ini jugak ummu dapat jumpa dengan seorang insan yang sangat hebat. Semalam jugak merupakan Ulangtahun Kelahiran En. Wan ke 28 tahun. Ummu akan ceritakan satu-satu buat kalian.

Sentiasa ada idea nak update namun kekangan masa membatasi segalanya. 

Kita bukan keseorangan dalam menghadapi segala rencah kehidupan ini.


Masa ialah EMAS, ianya sangat berharga. Berpesan-pesan dengan kebaikan. Itu jugak yang ummu nak sharekan moga blog ini memberi inspirasi dan kita buka minda kita bersama-sama menuju keredhaanNYA.

Wednesday, November 21, 2012

BB Plus Collagen

Alhamdulillah rezeki untuk Ummu sentiasa ada. Terima kasih Allah..

Pagi lagi dah terima panggilan untuk nak tahu  Premium Beautiful. Jadi tadi dah jumpa dan terangkan lebih lanjut dan kelebihan Premium Beautiful ini. Khas buat wanita yang menjaga kesihatan dan kecantikan, memang PB pilihan terbaik untuk anda. Nak tahu lebih pasal PB boleh klik sini. 

Tapi Entri ini Ummu nak share mengenai  satu lagi produk baru dan meletop jualannya iaitu BB Plus Collagen. Umum yang kenal Ummu tahu Ummu memang mempunyai masalah muka yang sangat teruk. Dari zaman belajar dulu hingga terjumpanya produk BB Plus Collagen ini. Dengan kulit berminyak, pori-pori terbuka, blackhead, whitehead, jeragat selalu menyinggah di muka Ummu. Sampai satu ketika bila tengok cermin pun tak sanggup. Parut terlalu banyak hingga meninggalkan kesan hitam. Macam nak ambil pisau toreh muka kot-kot muka bersalin kulit.huhuhu sedih sangat. Bayangkan nak berjumpa dengan orang. Kadang-kadang asal ada majlis tertentu lagi banyak naiknya. Keyakinan diri sendiri tersangatlah rendah. Kesiankan Ummu.

Jadi Ummu pun sukalah cuba macam-macam jenis produk. Semuanya untuk cantikkan muka balik. Bukanlah nak muka macam artis korea yang sangat-sangat glow dan cantik + comel-comel tu.tapi kalau ada caranya mahulah jugak mencuba. Habis duit banyak kat produk-produk ni sahaja setiap bulan semata-mata nak cantik agar keyakinan pada diri sendiri meningkat. 

Ummu pernah ambil Collagen jenis minuman koko tapi kesannya memang badan naik mendadak.Jadi berhenti lebih baik. Kita tidak tahu kandungan dalam kolagen tersebut. Mujur ada Premium Beautiful maintainkan badan semula. Sehinggalah kini terjumpa sudah kolagen yang terbukti berkesan walaupun baru sahaja ambilannya.

Sebab apa perlunya kolagen?

Seperti yang kita tahu bila umur meningkatkan kulit pun akan mengalami perubahan penuaan seperti kulit berkedut. Ianya terjadi disebabkan kolagen yang sedia ada dalam badan kita tidak mampu memproses seperti dulu lagi. 




Mengapa memilih BB Plus?
BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.

Bagaimana BB Plus Bertindak?

Mod tiga tindakan:

1. Memulih
  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina
- Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui
-  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?

Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?

Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?

Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.

Keberkesanan

BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.


7 Hasil Kulit Cantik

1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

Memang terbaik untuk semua orang.

Badan pun dah cantik dengan pemakaian Premium Beautiful jadi BB Plus membantu memcantikkan lagi kulit anda. Pakej lengkap luar dan dalam. TERBAIK

Alamai sendiri hasilnya 



Jadi untuk 

PROMOSI YEAR END SALES 

 Beli 4 percuma satu kotak bersama dengan thumbler jenama BROS lagi. (sehingga 30 November 2012 sahaja promosi ini).

1 kotak = RM 180
4 kotak = RM 720  FREE 1 kotak dan thumbler yang cantik

BERMINAT UNTUK MENJADI PENGEDAR? ^_^

MUDAH SAHAJA

-Hanya perlu membeli 4 kotak BB Plus sahaja. Senangkan?tak payah tunggu lagi.

Cepat hubungi 

Ummu 012-5900573
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...