Monday, April 25, 2011

:: Minda Orang Kaya VS Orang Susah ::

" Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah ), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat ) kepada Allah, maka Allah cukuplah untuknya (bagi menolong dan menyelamatkannya).Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah tetap pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."  
Surah At-Thalaq : Ayat 2-3


 "think rich to get rich!"




#1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya"

     Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"

#2: Orang kaya berbisnes untuk menang.

    Orang susah berbisnes supaya tak rugi.

#3: Orang kaya komited untuk jadi kaya.

    Orang susah hanya nak kaya.

#4: Orang kaya berfikiran luas & jauh.

    Orang susah berfikiran sempit.

#5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang.

    Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.

#6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya.

    Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.

#7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya.

    Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.

#8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes.

    Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.

#9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah.

    Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.

#10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru.

     Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.

#11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil.

     Orang susah memilih dibayar melalui masa.

#12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya.

     Orang susah kerja kuat untuk cari duit.

#13: orang kaya bertindak walaupun takut.

     Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.

#14: Orang kaya pandai uruskan kewangan.

     Orang susah tidak tahu cara uruskan kewangan.




 Jadi mulakan langkah pertama anda bagaimana untuk menjadi seorang JUTAWAN yang beriman dan berjaya..Anda yang tentukan siapa diri anda..

Thursday, April 14, 2011

Terima Kasih Sahabat 1

Assalammualaikum...
Doa ku untuk mu...

dengan nama Allah Y
ang Maha Pengasih dan Penyayang..

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya,  perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ......

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ...
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.

Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah



Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT.
Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah SW


Dari sahabat untuk sahabat
--
Nurfadilah Saadul Kurzi @ nahwanNur
Al Haqeerah ila Rabbiha
"It is the remembrance of ALLAH that the hearts find peace"~ Al Rad:28


 kenangan yang terindah bersama kalian,
gelak tawa, bercerita, nangis bersama
 tika susah dan senang
sama2 memahami..
ingatkah kalian tika kenangan2 itu kita cipta?
hanya kita yang merasainya..
Ummu cukup menyanyai kalian selamanya..


tika belajar di POLIMAS, Ukhwah kita cukup indah

kenangan ketika jaulah ke rumah kaksue..
banyak gambarnya namun nie yang dapat ditunjukkan
 sesi senaman sebelum memulakan tugas mengutip durian
 
 
 tengok tu, senam pun dan lagi bergambar

 senaman di depan umah kaksue yang menghijau..syiokk..
 



setelah selesai senaman apa tunggu lagi berlari kutip durian la..haha sebenarnya kat dusun ni banyak buah2an lain tapi tak larat nak masukkan gambar..kami layan raja buah ja sampai berulang2 kali makan..tambah puan punya belog cukup bernafsu suka dengan durian..




dah kutip siap untuk dikopek oleh pakar2 sahaja, 
puan belog cuma tahu makan saja..hehe


 Jaguh kampung buka durian

 kan dah cakap banyak durian kami makan ritu sampai 5 kali ulang dasyat weh penangannya..haha


video yang sempat dirakam


on the way balik singgah Taman Rekreasi Ulu Bendul disebabkan puan belog dan nida orang utara maka kami 1st time sampai situ..haha layan jelah na

 pose 1


pose 2
fly without wings


pose 3

pose 4
 
 kalo dah depan kamera..hanya kita yang memahami
(sebab memasing gila bergambar)

 kembar siang dan malam, kaklong dan kaksue

 teman sebantalku, kakniza dan Nida

Puan belog mestilah ada..^_^

ketahuilah saya sangat2 rindukan kalian
LOVE U ALL, hope MISS ME TOO
 

Wednesday, April 13, 2011

Khas buatmu LULU

Jutaan terima kasih padamu kerana sudi watkan header untuk saya..
walaupun tengah bercuti dia layan gak watkan untuk saya..
saya dah letakkan makanan dalam peti ais, jangan lupa tengok dan makan puas2.
hihi~
untukmu, 

I'm wearing T-shirt Muslimah ZA 65B


berminat boleh dapatkan di wanilashop ^_^

Tuesday, April 12, 2011

dUNIa fANTASY kAMi

Assalamualaikum w.b.t..
Comel dan kreatif,
itulah yang dapat diucapkan tika tengok blog budak kreatif nie..
mula terpengaruh disebabkan oleh blog cik epal.. haha
Hasil yang cukup cantik, kiut dan miut..suka2..
cuba tengok blog dak ni untuk hasil kerja yang dia dah buat..
kalo nak suh dia buat untuk kita pun boleh jugak..cuma perlu ikut syarat2nya saja ^_^ jangan lupa untuk follow sama

Syarat-Syarat:
1 Kena wat ENTRY dan link kan ke lululalalengleng…*Wajib*
2 Jangan lupa simpan Picture Saya Dunia Fantasy tu taw…*Wajib*
3 Tag la kwn anda sesuka hati…*Sunat*
4 cakap la sesuka hati pasal blog dia..jangan lupa follow dia sekali*
5 Letakkan link anda d komen ENTRY ini…
(Note: letak link saja selepas wat entry PICTURE DUNIA FANTASY..jgn letak link jika blum wat entry…^_^)
saya dah ikut syarat2nya..anda pun buatlah

p/s: cik lululalalengleng boleh watkan gambar nie sebagai header dan edit gambar nie.. 
saya dan my lovely hubby ^_^

Monday, April 11, 2011

.::Doa Pembuka 12 Pintu::.

DOA PEMBUKA 12 PINTU MERUPAKAN DOA YANG DIAJAR OLEH DATO' FADZILAH KAMSAH DALAM SETIAP CERAMAH DAN KURSUS BELIAU. DOA INI SANGAT BAIK UNTUK DIAMALKAN OLEH SEMUA LAPISAN MASYARAKAT. SEMOGA MENDAPAT GANJARAN DENGAN MENGAMALKAN DOA 12 PINTU INI. AMIN.

Thursday, March 31, 2011

:: Kebencian itu satu Penawar ::

             Sudah menjadi kewajipanku kalau naik kereta ummu akan pasangkan radio ikimfm untuk dengar motivasi pagi dari pukul 7.30 hingga 7.40 pagi. Tapi kali ini ummu bersendirian membawa kereta kerana my lovely hubby dapat mc selama dua hari kerana terkena kaca di jari kakinya.Rasa berbeza apabila mendengar slot motivasi yang tajuknya cukup berbeza pada hari ini.~kebencian itu satu penawar~..
" Kebencian itu satu penawar. Tukarkan energi negatif kepada positif dan biar jujur kepada diri sendiri dan Allah. "
         Menitis air mataku bila mendengar kata2 ini. Selama ini kalau kita rasa benci pada seseorang, kita akan BENCI sehingga kita tak nampak kebaikan yang dia dah buat pada kita.Itu silap kita. Bila Dr. Azhar Hj. Sarip pengasas Spiritual NLP Training ke udara buat kali terakhir di slot tersebut, tiba2 hati jadi berubah.Kenapa kita tak jadikan kebencian itu satu penawar dengan tukarkan kepada positif minda.Kita merasakan apabila benci kita cuma nampak yang negatif sahaja.Walhal kita boleh aplikasikannya ke arah positif minda.
         Sekarang jadikan kebencian itu sebagai penawar dengan merujuk dan menjaga hubungan dengan Allah serta untuk lagi memuhasabahkan diri kita.Positifkan minda kita selalu ^_^..ummu maafkan dan maafkanlah ummu selalu.
          Ummu amik petikan dari fb beliau untuk kita wanita Muslimah yang disayangi Allah selalu..10 wasiat untuk muslimah..

 10 wasiat untuk muslimah...

by Dr. Azhar Hj. Sarip on Thursday, 31 March 2011 at 09:52

 Sepuluh wasiat ini disampaikan baginda saw kepada puterinya Fatimah... semoga ianya menjadi panduan bukan sahaja kepada kaum wanita tetapi juga lelaki dalam mengharungi hidup.
1.  ya fatimah... kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah swt pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2.  ya fatimah... kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepunguntuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah swt menjadikannya tujuh tabir pemisah dirinya dengan neraka.

3.  ya fatimah... tiadalah seorang wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya dan mencuci pakaiannya melainkan allah swt akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4.  ya fatimah... tiadalah wanita yang menahan keperluan tetangganya melainkan Allah swt akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5.  ya fatimah... yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri.  andai kata suami mu tidak redha kepada mu maka aku tidak akan mendoakan mu.  ketahuilah wahai fatimah kemarahan suami adalah kemurkaan Allah swt.

6.  ya fatimah... apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah swt menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan.  ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan, Allah swt menerima pahala baginya sama dengan pahala pejuang di jalan Allah swt.  jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dilahirkan daripada kandungan ibunya.  apabila meninggal ketika melahirkan maka da tidak akan membawa dosa sedikitpun.  di dalam kubur akan mendapat taman yang indah yang merupakan bahagian dari taman syurga dan Allah memberikan pahala kepadanya sama seperti pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohonkan keampunan baginya hingga hari kiamat.

7.  ya fatimah... tiadalah wanita yang melayani suaminya selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas melainkan Allah swt mengampuni dosa-dosanya serta memkaikan pakaian padanya pada hari kiamat berupa pakaian yang serba hijaudan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan dan Allah swt memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8.  ya fatimah... tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami melainkan Allah swt memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9.  ya fatimah... tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hatimelainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah swt mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10.  ya fatimah... tiadalah wanita yang meminyaki kepala suaminya dan menyisirnya, meminyaki janggutnya dan memotong kumisnya serta memotong kukunya melainkan Allah swt memberikan minuman yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai-sungai syurga.  Allah swt mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga.  dan Allah swt menetapkan baginya bebas dari seksa neraka serta dapat melintasi siratal mustaqim dengan selamat.

semoga sepuluh perkara ini menjadi satu tiupan semangat untuk kita semua dalam meredah onak dan duri kehidupan dunia.

Tuesday, March 29, 2011

HATI..dan ketahuilah..


Copy dari email yang Ummu terima..Sekadar perkongsian..

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.(sebelum tidur seeloknya diamalkan)

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
 

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.



 
11. Bersedekah.
 

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat
 
**Jangan bertangguh lagi.. Jom kita sama-sama mengamalkannya **
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...