Thursday, December 29, 2011

Kita Bijak Memilih Yang Terbaik

  Di penghujung tahun 2011, pasti banyak acara-acara menarik sebagai penutup tahun..
sama ada program yang lalai atau yang manfaat
cuma kita sendiri yang boleh tentukan mana yang terbaik untuk kita

 Anda mahu yang penuh maksiat atau ilmu yang boleh 
anda pelajari tanpa rugi sedikit pun
 Ilmu perlu dituntut selagi kita bernyawa
Tepuk Dada Tanya IMAN kita

  Tentatif program : karnival Mahabbah ikim.fm.pdf

"Selain dari menghargai pendengar, majlis itu juga diharapkan akan menjadi alternatif kepada masyarakat Lembah Kelang khususnya remaja yang berhasrat menyambut Tahun Baru Masihi. Daripada menghadiri perhimpunan atau perkumpulan yang melalaikan, adalah lebih baik para remaja ini bersama-sama dengan majlis yang dianjurkan oleh IKIMfm ini kerana ianya sarat dengan pengisian yang mendidik jiwa di samping hiburan yang baik sesuai dengan tema sambutan IKIMfm tahun ini iaitu "Sedekad Mendidik Menghibur Jiwa"".- Pengarah Radio ikim.fm



Buat remaja belia yang tercari-cari hiburan di tahun baru, pilihlah hiburan yang benar-benar bermanfaat. Pilihan di tangan anda, namun Islam menunjuk cara!- Nisa Selangor

Wednesday, December 21, 2011

WW Sabar = Iman + Syukur


Alhamdulillah rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami
rezeki yang tidak putus-putus
jadikanlah kami dalam kalangan orang yang bersyukur

 Dan, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. (QS. Al-Baqarah : 45)

sabar itu separuh daripada iman
separuh lagi adalah syukur..
Engkau jua Yang Maha mengetahui

Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. (QS. Al-Baqarah : 177)

kadang apa yang kita mahu 
susah sangat kita akan dapat
kadang kita terima rezeki yang kita tidak jangkakan
itu semua adalah ujian dariMu
Dia tahu kekuatan dan kelemahan hambaNYA

Dan, sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan(QS. An-Nahl : 96)

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. Al-Baqarah : 153)


Alhamdullilah.Terima Kasih Allah SWT.
memberi kesempatan untuk merasai nikmat dunia dalam mengejar Akhirat yang kekal abadi
Allah Tahu Apa Yang Kita Tidak Tahu

Terima Kasih buat suami yang tersayang
dan keluarga yang cukup memahami diri ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...