Thursday, March 31, 2011

:: Kebencian itu satu Penawar ::

             Sudah menjadi kewajipanku kalau naik kereta ummu akan pasangkan radio ikimfm untuk dengar motivasi pagi dari pukul 7.30 hingga 7.40 pagi. Tapi kali ini ummu bersendirian membawa kereta kerana my lovely hubby dapat mc selama dua hari kerana terkena kaca di jari kakinya.Rasa berbeza apabila mendengar slot motivasi yang tajuknya cukup berbeza pada hari ini.~kebencian itu satu penawar~..
" Kebencian itu satu penawar. Tukarkan energi negatif kepada positif dan biar jujur kepada diri sendiri dan Allah. "
         Menitis air mataku bila mendengar kata2 ini. Selama ini kalau kita rasa benci pada seseorang, kita akan BENCI sehingga kita tak nampak kebaikan yang dia dah buat pada kita.Itu silap kita. Bila Dr. Azhar Hj. Sarip pengasas Spiritual NLP Training ke udara buat kali terakhir di slot tersebut, tiba2 hati jadi berubah.Kenapa kita tak jadikan kebencian itu satu penawar dengan tukarkan kepada positif minda.Kita merasakan apabila benci kita cuma nampak yang negatif sahaja.Walhal kita boleh aplikasikannya ke arah positif minda.
         Sekarang jadikan kebencian itu sebagai penawar dengan merujuk dan menjaga hubungan dengan Allah serta untuk lagi memuhasabahkan diri kita.Positifkan minda kita selalu ^_^..ummu maafkan dan maafkanlah ummu selalu.
          Ummu amik petikan dari fb beliau untuk kita wanita Muslimah yang disayangi Allah selalu..10 wasiat untuk muslimah..

 10 wasiat untuk muslimah...

by Dr. Azhar Hj. Sarip on Thursday, 31 March 2011 at 09:52

 Sepuluh wasiat ini disampaikan baginda saw kepada puterinya Fatimah... semoga ianya menjadi panduan bukan sahaja kepada kaum wanita tetapi juga lelaki dalam mengharungi hidup.
1.  ya fatimah... kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah swt pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2.  ya fatimah... kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepunguntuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah swt menjadikannya tujuh tabir pemisah dirinya dengan neraka.

3.  ya fatimah... tiadalah seorang wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya dan mencuci pakaiannya melainkan allah swt akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4.  ya fatimah... tiadalah wanita yang menahan keperluan tetangganya melainkan Allah swt akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5.  ya fatimah... yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri.  andai kata suami mu tidak redha kepada mu maka aku tidak akan mendoakan mu.  ketahuilah wahai fatimah kemarahan suami adalah kemurkaan Allah swt.

6.  ya fatimah... apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah swt menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan.  ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan, Allah swt menerima pahala baginya sama dengan pahala pejuang di jalan Allah swt.  jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dilahirkan daripada kandungan ibunya.  apabila meninggal ketika melahirkan maka da tidak akan membawa dosa sedikitpun.  di dalam kubur akan mendapat taman yang indah yang merupakan bahagian dari taman syurga dan Allah memberikan pahala kepadanya sama seperti pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohonkan keampunan baginya hingga hari kiamat.

7.  ya fatimah... tiadalah wanita yang melayani suaminya selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas melainkan Allah swt mengampuni dosa-dosanya serta memkaikan pakaian padanya pada hari kiamat berupa pakaian yang serba hijaudan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan dan Allah swt memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8.  ya fatimah... tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami melainkan Allah swt memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9.  ya fatimah... tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hatimelainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah swt mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10.  ya fatimah... tiadalah wanita yang meminyaki kepala suaminya dan menyisirnya, meminyaki janggutnya dan memotong kumisnya serta memotong kukunya melainkan Allah swt memberikan minuman yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai-sungai syurga.  Allah swt mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga.  dan Allah swt menetapkan baginya bebas dari seksa neraka serta dapat melintasi siratal mustaqim dengan selamat.

semoga sepuluh perkara ini menjadi satu tiupan semangat untuk kita semua dalam meredah onak dan duri kehidupan dunia.

Tuesday, March 29, 2011

HATI..dan ketahuilah..


Copy dari email yang Ummu terima..Sekadar perkongsian..

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.(sebelum tidur seeloknya diamalkan)

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
 

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.



 
11. Bersedekah.
 

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat
 
**Jangan bertangguh lagi.. Jom kita sama-sama mengamalkannya **

Thursday, March 17, 2011

==Ada Berani???Jom Kita Lawan..==

Nisa Gombak & Selayang telah mengadakan Nisa Bowling lagi..

Siapa berminat boleh hubungi mereka dan kita jumpa di sana..^_^

atau maklumkan pada saya..012-5900573 (ummu)

selagi masih ada kekosongan..ecewah..

Apa yang pasti memang BEST la game ni..

bertemu dengan Geng-2 Nisa Gombak Yang Comel2..

Jumpa Kenalan2 baru sambil merapatkan ukhwah..

Jadi tunggu apa lagi

kita tengok sapa yang TERBAIK..

Wednesday, March 9, 2011

Siapa Yang Suka Barangan Yang Comel Sambil Buat Duit?

Assalamualaikum w.b.t..

Maaf asyik tak update ja blog, dengan kesibukan bekerja..ecewah..hihi ummu nak kongsi sesuatu kat cni. Ummu baru dok blaja2 mengemaskini blog..tambah apa yang patut..hari ini ummu belajar sesuatu untuk jana pendapatan secara online.apa lagi JOM CUBA..Ummu amik dari blog http://akulelakidialelaki.blogspot.com
mula2 klik kat SINI untuk nak tahu lebih lanjut kemudian klik pada heartbeat.my seperti di bawah nie


pastu klik pada " Create Account " anda sendiri..



 kemudian isikan kotak-kotak tersebut dan klik I agree.. dan  klik continue
Seterusnya klik pada Join HB Affliate


dan klik lagi pada " online application "

seterusnya
isi segala butir-butir peribadi anda..hihi..
yang nie untuk segala butir account anda..bila dah selesai klik " continue" maka akan keluar seperti di bawah

klik pada " get a code " dan

boleh pilih kedudukan bentuk yang hendak anda iklankan di blog2 anda..mudahkan..hihi ^_-

Sekiranya untuk lihat account anda klik seperti di atas..ok selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
var linkwithin_site_id = 954785; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...